ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Luca Lucas berbicara tentang Bahasa Standard (Hujah dangkalnya)

Bahasa Standard

Aku ingatkan dah reda cerita berkenaan dengan isu si Luca Lucas bersama epik drama yang diciptanya sendiri. Kendatipun aku tak jumpa dia yang berpenakan nama samaran yang lain-lain (seperti bukan dari kalangan Muslim), namun ada beberapa foto yang menarik perhatian aku temui di laman facebook (lihat di atas dan di bawah ini). Sebenarnya isu basi si Luca Lucas akan berjaya dihentikan (mungkin) sekiranya SKMM mengambil tindakan berdasarkan bukti-bukti yang ada. Mengapa perlu dia dihukum? Jawapannya mudah, semoga ia menjadi satu pengajaran kepada mana-mana individu di Malaysia agar berpada-pada apabila membuat kenyataan yang berunsur penghinaan di dalamnya.

Lucas, apa yang kau faham dengan Bahasa Standard? Cuba ajarkan aku Bahasa Standard yang kau guna pakai sekarang? Sebelum kau jawab, baik aku jawab dahulu, Lucas. Mengikut kefahaman aku yang kurang pintar ini:

Bahasa Baku itulah sebenarnya (Bahasa Standard)! Sebagai tambahan, aku selitkan mengapa ia dikatakan Bahasa Standard.

  • ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek.

  • berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.

Nak aku tambah lagi, Lucas? Kau nak tahu apa pula bezanya Bahasa Baku (Standard yang kaukatakan) dengan dialek? Nah, ada baik kau telan ini pula.

Beza bahasa BAKU (buka matamu luas-luas, Lucas):

  • Tujuan rasmi
  • Tiada penutur asli
  • Patuhi peraturan tatabahasa
  • Formal
  • Pelbagai aras
  • Fonemik
  • Alami perancangan
  • Perkataan lengkap, tepat
  • Tiada singkatan
  • Bahasa tersusun
  • Penekanan tentang ketepatan
  • Kejelasan makna

Sementara Dialek (Jangan kaututup matamu, Lucas!)

  • Tujuan tidak rasmi
  • Ada penutur asli
  • Tidak patuh peraturan tatabahasa
  • Tidak mementingkan tatabahasa
  • Banyak guna istilah daerah
  • Sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan
  • Guna unsur kependekan kata
  • Dalam lisan
  • Sistem sapaan berbeza




Lucas, ayat yang kauguna cukup menggelikan anak tekak aku.

"bahasa yg korang guna ni bahasa ape ek?? dah sama dengan bahasa indonesia la pulak....kalau word tak tu jadi ndak.kenape jadik mcm ni ek?????"

Eh, tiba-tiba aku terbau bau longkang selepas membaca ucapan kau tu, Lucas. Geli sungguh ketiak aku sekarang. Lucas, aku nak kau faham sangat tentang bahasa percakapan atau lebih popular singkatannya bp seperti yang ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Kau buka halaman 1074. Perkataan 'ndak' bermaksud tidak atau hendak (diguna pakai mengikut kesesuaian). Ini bermakna tidaklah salah menggunakan perkataan ini dalam perbualan kerana ia memang bahasa percakapan. Entah ke manalah pergi waras otak kau ni, Lucas (mungkin kau letak di jamban agaknya). Err, 'Ek' tu apa, Lucas? Kau memang 'Ek' lah, Lucas! Cuba kau rujuk kamus dewan di muka surat 378, cari perkataan 'ek', baca maksudnya apa. Kalau kau nak tahu, 'ek' itupun bahasa percakapan (bp) yang membawa maksud berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan dan sebagainya). 'ek' yang kauguna sekarang membawa maksud apa, Lucas? Itulah namanya dialek daerah dan aku nak kau tahu bahawa 'ek' itu bukanlah bahasa standard yang kaukatakan tadi. Lagipun perkataan 'ek' itu sekadar penambahan ayat sama seperti perkataan 'bah' di Sabah. Ia jauh menyimpang dari kehendak bahasa baku yang ada sekarang kerana ia sekadar bahasa dialek semata-mata (sekali lagi geli anak tekak aku).

Apalah yang hodoh sangat negeri Sabah di mata orang seperti kau, Lucas? Soalan bonus buat kau, Lucas. Apakah kau sudah tahu di mana tempat yang bakal kau masuki di hari akhirat nanti? Apakah kau termasuk dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga? Apakah kau sudah bersedia dengan segala persiapan sebelum hayat disentap malaikat maut tanpa kau tahu bila masanya (sekalian kita bakal merasa jua)? Lucas, tukarlah nama kau tu kembali. Islamkanlah nama kau seperti yang tertera pada kad pengenalan yang kaubawa setiap hari. Kalau nak bubuh juga, bubuhlah nama yang elok sedikit, nama yang akan membezakan status anutan kau ini Muslim atau Non-Muslim. Berhentilah menjatuhkan maruah negeri orang lain. Berhentilah menjadi dalang perpecahan sesama kaum peribumi. Insaflah wahai insan yang bernama Mohammad Saufee bin Sehat. Tapi kau harus ingat, ini bukan bermakna kau terlepas dari dikenakan hukuman. Ingat, Lucas. Salah tetap salah. Permohonan maaf aku tolak mentah-mentah (kenyataan entri tempohari terbatal dengan sendirinya). Jangan pula kau nak bagi hujah "Sedangkan Nabi ampunkan umat.", berhenti mengguna pakai ayat itu. Cis, dasar Pinocchio! Sanggup menipu untuk menyelamatkan diri semata-mata. Beginikah jantan? Ini gaya betinalah, Lucas! Ooo, mari lihat si Pinocchio. Hidungnya mulai memanjang kerana menipu!

3 comments :

Gee said...

duiiii..balik lagi novingkat c Lucas kaini....datang bulan ka apa??? adalah yg kana terajang ni nti...

Ampuan Awang said...

err, tedalah. mau kasi ingat tu SKMM supaya tangkap ni urang ba. jangan kasi lapas! eh, Gee, kamarin ada turun pi pasar koningau ka? macam sia nampak pula tei...

Gee said...

oooo..sa ingat dia bkin hal lgi..heee..aa kemarin? teda pula tau...kambing 2 serupa kali yg ko nmpak itu bos..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top