ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Isu Bahasa Melayu: Sombong Bahasa

Prof. Awang Sariyan melaporkan bahawa CCTV9 Beijing semalam menyiarkan rancangan dialog "Cultural Diversity and Peaceful Integration of Asia". Salah seorang tokoh yang diwawancara ialah mantan Presiden Indonesia, Megawati Sukarno.

Walaupun semua pertanyaan dalam bahasa Inggeris, penerangan dan gagasan Megawati tentang pengalaman Indonesia mengintegrasikan kepelbagaian budaya kesemuanya dalam bahasa Melayu (Indonesia). Daripada bahasa badan (reaksi wajah) beliau terhadap semua soalan, jelas bahawa beliau memahami bahasa Inggeris (dan saya pernah mendengar ucapannya dalam bahasa Inggeris juga dalam majlis lain).

Iktibarnya - Megawati berusaha memberitahu dunia bahawa bahasa negaranya dapat menjadi wahana pengungkap fikiran-fikiran moden tentang politik, soiologi dan hubungan antarabangsa dan beliau mempunyai rasa bangga yang cukup tinggi kepada bahasa negaranya. Bagi sesetengah orang hal itu remeh, tetapi itulah salah satu caranya untuk memartabatkan bahasa negara!

Yang mengaibkan, di negara kita sendiri pun ada kalangan yang lebih selesa dan gah berucap dalam bahasa Inggeris walaupun tidak kena dengan tempat dan ketikanya.

Nota Prof. Emeritus Abdullah Hassan: Dan ada pula yang menuturkan bahasa Inggeris yang patah-patah dan memalukan bangsa dan negara.

** Kredit diberikan buat Prof. Abdullah Hassan atas info penting ini. Biar mata para pemimpin di Malaysia membuka mata seluas-luasnya, agar melihat betapa bahasa bisa mengangkat martabat bangsa di persada dunia. Entah apalah agaknya alasan mereka (pemimpin) yang tidak suka benar berbahas dengan bahasa ibunda sendiri???????

Penyampai info buat bangsa merdeka; yang masih lagi terjajah pemikirannya: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top