ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Foto Terbaik Hari Ini? Tanto (Samurai) Pendek Yang Belum Siap Sepenuhnya


Sekalian saudara yang sering menjengah blog aku yang serba dhaif ini sebenarnya mahu menatap entri dari jenis apa? Apalah agaknya yang mahu ditelan atau mahu dimakan, yang mana mungkin ia bisa mengenyangkan tanpa perlu kita memasak nasi? Ah, lupakan sahaja bab entri blog. Apa yang penting, maklumat berjaya disalurkan terus di laman maya, dan orang yang masih memiliki mata, yang mana celik atau tidak buta huruf meneruskan bacaan, dan akhirnya bisa beroleh kefahaman dari apa yang dicoretkan. Itu sahaja (Noktah).

Malam ini, aku pamerkan di sini hasil seni dari tangan ayahanda. Pedang Samaurai Pendek (Katana). Walaupun belum siap sepenuhnya, aku tetap mahu mengetik punat kamera Nokia milik aku (barangkali sekadar melepaskan gian sahaja). Err, biarlah aku nobatkan foto pedang ini sebagai foto terbaik untuk hari ini dengan rasminya (eh, bolehkah? Bolehlah tu, sebab blog ini laman peribadi aku.). Selamat menatap besi separuh siap. Sekian. Wassalam...

Info dari bengkel Ayahanda oleh anaknya: Ampuan Awang

1 comments :

azerool said...

salam, boleh hubungi sy
azrul prop
0129722542

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top