ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Fokus Bangsa Melayu: Berlembut untuk dipijak kepala?

(Adakah ubun-ubun lembut di kepala kita ini sudah berada ditahap kritikal; menanti masa untuk dipecah menjadi serpihan? Hampir setiap hari kita mendengar ungkapan 1 Malaysia di mana-mana corong radio mahupun TiVi, namun hakikatnya bagaimana? Err, aku sedang menunggu siaran berita sidang Komunikasi antarabangsa (kalau tak silap) yang mana Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim mungkin memberikan ucapan (mungkin sahaja). Apakah Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim akan turun bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu). Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya nanti. Barulah kita dapat memikirkan bersama, betapa payahnya si ibu ketam hendak menyuruh anaknya berjalan lurus sedang dirinya sendiri berjalan mereng? Ahh, kelam... kelam... kelam. Tenggelam timbul... timbul tenggelam)

Semangat Perlembagaan pengukuh jati diri rakyat
Oleh: Arif Atan
(Utusan Malaysia, 7 Oktober 2010, hlm. 11)

DALAM titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri Johor di Persada, Johor Bahru pada Isnin lalu, baginda ada menyebut bahawa "semasa hari redup, payung dicampak dan dibuang tetapi bila hujan turun masing-masing berlari mencari payung untuk berlindung."

Analogi tersebut bagi menerangkan kedudukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai payung kepada negara dan negeri yang kerap dicabar mutakhir ini oleh golongan tertentu yang lupa diri.

Malah, pernah beberapa kali sebelum ini, ada ahli Parlimen bangkit mempersoalkan status bumiputera. Walhal, tidak disedarinya bahawa kedudukan kaum bukan Melayu pun boleh dipertikaikan lantaran asal-usul mereka di negara ini adalah dibawa oleh penjajah Inggeris untuk memenuhi permintaan tenaga buruh kasar di sektor perlombongan dan perladangan.

Golongan oportunis ini juga cenderung berkiblatkan negara luar terutama Singapura. Seolah-olah ada kesejajaran fahaman di antara mereka dengan Menteri Mentor republik itu. Hak asasi manusia dan senario corak politik negara luar termasuklah pemilihan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pun tidak sudah-sudah dijadikan sebagai alat hujah.

Walhal, realiti sosial masyarakat majmuk di sana sengaja dipandang sebelah mata. Obama seperti golongan kulit hitam lain di AS hanya berbeza daripada segi warna kulit tetapi pengucapan bahasa, kepercayaan dan kebudayaan hidup mereka adalah sama dengan masyarakat kulit putih.

Berbeza benar dengan keadaan di negara ini apabila kaum bukan Melayu begitu bebas dengan bentuk budaya perkauman mereka boleh pula tanpa malu dan segan menuntut itu dan ini sehingga mencabar semangat Perlembagaan Persekutuan.

Slogan "perpaduan dalam kepelbagaian" telah disalahgunakan untuk menguatkan lagi identiti perkauman dan menampakkan lagi jurang budaya.

Akibatnya, rupa dan jati diri negara bangsa Malaysia makin caca-marba lantaran terlalu banyak bertoleransi.

Walaupun sudah diberikan taraf kerakyatan begitu mudah secara jus soli kemudian dibenarkan pula wujud sekolah aliran kaum; bercambahnya pelbagai akhbar dan saluran TV vernakular serta tidak pernah tercatat dalam sejarah hak ekonomi mereka dirampas, tetapi masih lagi berdegar-degar mendakwa mereka masih ditindas.

Berbeza benar apa yang berlaku di negara luar seperti Indonesia dan Thailand, kaum bukan pribumi mesti memiliki nama pengenalan diri yang rasmi serta bersekolah pula dalam satu sistem aliran sekolah kebangsaan. Tiada kompromi untuk benih perkauman bertunas. Hasilnya, walau di mana mereka berada, tetap kekal dengan identiti dan jati diri negaranya.

Mudah kita temui di stesen LRT atau komuter pelancong keturunan Cina Indonesia akan tetap berbicara dalam bahasa Indonesia begitu juga etnik Melayu Siam akan cenderung berkomunikasi dalam bahasa Thailand. Pengucapan rakyat Malaysia berbilang kaum, bagaimana pula?

Ada baiknya, dasar kenegaraan, kebudayaan dan pendidikan kita selama ini yang banyak berlemah-lembut 'dikeraskan' sedikit. Jika tidak, sampai bila-bila pun peringatan, nasihat mahupun amaran dari Raja-raja Melayu hanya dibalas dengan tindakan penolakan keras oleh golongan yang tidak pernah lembut hatinya untuk mengenang budi.


P/s: ................................................. aku kehilangan kata-kata. Noktah! Arif, aku pening...

Diulangtayang kembali buat rujukan mereka yang mengaku berbangsa Melayu oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top