ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Takbir Di Pagi Ini



Suara seorang bilal nyaring
melaung takbir suci
di suatu masa di pagi hari.
Lenggok alunnya cukup sayu
penuh kesyahduan bagi jiwa-jiwa yang memahami.

Takbir di pagi ini,
Mengembirakan.
Takbir di pagi ini,
Menginsafkan.
Lambang kemenangan
bagi mereka yang cukup puasanya.
Lambang kejayaan
bagi mereka yang sabar dalam menempuhnya.

Bersyukurlah
kerana hayat kita masih lagi dikandung badan.
Dapat menunai ibadah
yang diperintahkan Tuhan.
Mujurlah
Sayang Tuhan masih bersifat belas dengan kita
kerana kesempatan sebulan berpuasa pada tahun ini berjaya ditunaikan.

Bersyukurlah,
Bersyukurlah,
Semoga aidilfitri ini mengubah kedukaan yang ada
kepada kebahagiaan yang pastinya diidamkan oleh sekalian kita di dunia.

** Barangkali ulangan ini agak sedikit lewat. Tapi tak mengapa, asal dapat disampaikan buat semua. Aku menitipkan bait di atas pada 13 September 2009 (terlupa pula akan sebabnya ditulis. Mungkin kerana raya?).

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top