ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Suaraku... (Oleh: Fiza Omar)

Betapa sepi itu menikam diri
semalam mengalirkan
kisah yang menimbus
segala ketenangan
dalam ketar
ku cuba menghimpun
satu penantian resah
hingga tiada penghujungnya..

Terlalu kerdil aku
di dalam ruang
yang segalanya terlalu asing
kelesuan menganggu tinta
dari terus menguris kata-kata
yang indah..

Seperti hari-hari yang lalu
aku cuba mengapung
kekuatan yang tersisa
mengumpul rasa hati
dengan suara yang tersekat..

Maafkan aku
jika suaraku hilang diteguk
jurai malam yang terhampar..

Seharusnya kau mengerti
kerana suaraku
persis suaramu..

Fiza Omar
30 September 2010


Nukil karya oleh: Fiza Omar
Dibawakan ke laman Puisi Kabur secara eksklusif oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top