ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Si Luca Lucas: Dasar Anak Sabah Yang Tak Tahu Dek Untung!



Siapakah gerangan si Luca Lucas sebenarnya? Apakah dia seorang yang tersangat kaya mengalahkan kayanya si raja Kuwait sehingga dia menafikan segala benda yang ada di tanah airnya sendiri? Kasihan si Luca Lucas, apakah dia sakit sebenarnya? Mari kita baca petikan ayat-ayat dangkal yang diluahkan [Tiba-tiba pula aku menguap sebaik saja aku membaca ulasan bengongnya].

Apalah yang ada di Sabah:

  • Gaji kecil
  • Penuh pendatang asing
  • Pusat longgokan sampah
  • Shopping Complex entah apa-apa
  • Barang-barang branded tak ada
  • Bank bertaraf antarabangsa pun tiada

Apa sangat nak dibanggakan di Sabah:

  • Balik-balik Pulau Sipadan
  • Gunung Kinabalu
  • Pulau Mabul
  • Makanan tak sedap langsung
  • Pasar Filipina balik2 makanannya cencaru bakar

Perhentian Bas Kota Kinabalu di Inanam:

  • Kecil betul!


Bandaraya Kota Kinabalu:

  • Tak layak diiktiraf bandaraya!
  • bukan ada shopping mall grand pun!
  • Harapkan 1Borneo saja
  • Shopping Complex yang lain macam hidup segan mati tak mahu!

Perbandingan antara JB dan KK:

  • JUSCO saja ada 4!
  • TESCO ada 5!
  • GIANT ada 8!
  • Itu tak termasuk pusat shopping yang lain

Kesesakan lalu lintas di JB:

  • Jejalan raya di JB sesak sentiasa (merujuk kepada ramainya orang)
  • JB city never sleep unlike KK (petanda sibuknya orang-orang di sana siang dan malam)

MISTEK (Ejaannya pun tak betul, nak kutuk negeri sendiri):

  • Orang semenanjung yang ada di Sabah, hadir kerana keterpaksaan
  • Kalau diikutkan, para cikgu pun tak nak bertugas di pendalaman kerana tak nak hidup susah!
  • Semua orang nak tempat yang ada internet access;
  • buat apa nak datang ke tempat yang tiada access!

Oh, Luca Lucas

Hujan Emas Di Negeri Orang,
Hujan Batu Di Negeri Sendiri,
Aku Lebih Rela Memilih Negeri Sendiri
Dari Memilih Negeri Orang
Waima Ia Berada Di Negara Sendiri!

---------------------------oOo---------------------------

P/S: Luca Lucas, jangan kau balik sini Sabah lah. Bikin malu kompeni butul kau ini tau. Patut kau pigi sikul dulu sabalum kau sakap yang bukan-bukan pasal nigiri kau sandiri (tapi malangnya kau bukan urang sini; kutingu rambutmu ikal sarupa migie). Khusus buat rakyat Sabah, pulaukan si Luca Lucas kerana kegatalan jemarinya menaip sesuatu yang salah terhadap negeri kita. Usir dia dari negeri tercinta ini. Sebarkan maklumat ini ke seluruh dunia alam maya, semoga dia sedar betapa bahagianya hidup kita yang duduk selesa di bumi merdeka!

Aku yang cuba menyampai info keras: Ampuan Awang

4 comments :

FloEllen said...

astaga...sapakah bdk bertuah ni kan..buat malu sabah jer...boleh ellen masukkan dlm n3 ellen ker...hehhee..copy dr sini...

boleh ...buat panas ni..hehhee

balas kat s.mix yer

Ampuan Awang said...

entahlah, Ellen.

nampak macam bukan orang sini (barangkali sekadar cakap kosong saja dia tu)

Lya said...

ah, manusia itu tak tahu
aku di sini rasa sengsara
diam aku bukan di negeri sendiri
dijeling-jeling umpama disuruh balik

ah, manusia itu tak tahu
pelancong luar negara itu
apa yang mereka cari di sini?
bukan stadhuys, bukan kota a'famosa semata
tapi hijau segar malar hutan kita
udara belum tercemar di kampung kita
kita saja berebut ke tempat mereka
kerana mehu melihat besar mana bandar mereka

tamadun kita antara tamadun awal
antara tamadun terkemuka
hanya kita zaman ini
yang lambat menaik
lambat
kerana mentaliti mahu mengikut
sedangkan kita ada budaya kita
ada pegangan kita
ada warisan kita

ah, manusia itu..

_aReyOu_ said...

eh orang sabah ka dia ne? rupa mcm pilak jak dia ne... dia mengutuk2 sabah mcm dia tue kaya btl skali tgk muka cakung2 ne...

mudah-mudahan dia ketuluhan!..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top