ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Serakah Rakus Nafsumu [Netanyahu!]



Subhanallah,
Maha Suci Engkau Wahai Allah
yang menjadikan insan selahap Netanyahu
yang memberikan rezeki berlebihan buat dirinya
tiada pertikaianku perihal itu;
kerana Diri-Mu berhak atas segala sesuatu
Kekuasaan-Mu Ya Allah
menaik dan menjatuhkan
segala yang ada di langit
segala yang ada di bumi
dan segala benda yang wujud
tanpa mengira tinggi atau rendah
pangkat yang ada pada mereka
tidak mengira langsung samaada
mereka itu penguasa mahupun hamba
semuanya sama pada pandangan-Mu

Nauzubillah,
semoga Engkau melindungi kami Ya Allah
dari serakah rakus insan laksana Netanyahu
yang tiada sedar-sedar akan dirinya
yang tak pernah mahu memandang taubat
seakan dirinya itu dijamin memasuki jannah
yang diangan-angan dalam lubuk fikirannya

Wahai Allah,
timpakanlah segala musibah dan bala
buat penguasa zalim yang berada di sana
tak kira mereka itu berada dari puak mana
samaada dari sayap kanan atau sebaliknya
tak kira mereka itu berada dari sisi kita jua
hadirkanlah Ya Allah
kesurupan pada bayang gelap
yang wujud dalam diri mereka sendiri
agar mereka terketar lutut kala berdiri;
dan akhirnya mereka terpaksa melutut
lantas merayu dan bersujud
sehingga bungkam segala kata di mulut
tak berjaya dihambur tanpa izin-Mu
Wahai Allah, bebaskanlah kembali negara itu
Wahai Allah, berikanlah kekuatan pada pejuang negara itu
Oh, Palestin. Aku tahu itu hajatmu dari dahulu!
Aku mohon perkenan-Mu Ya Allah
... Amin Ya Rabbal Alamin


Tangan yang mahu menyampai isi: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top