ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Selamat Hari Malaysia 2010 - Mari Muat Turun Lagu Patriotik Sekarang!!!


NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta




SABAH TANAH AIRKU

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.



31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Malaysia Berjaya

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya


Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang



Tegakkan Bendera Kita

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita


-------------oOo-------------

>> Selamat menyambut Hari Malaysia buat sekalian bangsa yang duduk di bumi permai ini. Wajiblah kita bersyukur kerana masih lagi diberikan keamanan walaupun pada masa yang sama ada segelintir pihak yang sengaja mahu menimbulkan propaganda dengan cuba menyogok, menjaja, memprovokasi segala menggunakan taktik kotor mereka. Namun kita tetap cuba untuk menepis dengan segala cara. Kerana apa? Pastinya kerana negara tercinta. Dengarkan hujah bahasaku:

Bersatulah Sekalian Bumiputera!

Kita duduk dalam negara yang serba-serbinya ada
Kita bukan duduk di negara yang teruk musim panasnya
Bumi kita permai, risiko kurang, ketakutan hampir tiada
(walaupun sebenarnya ada di sisi kita)
Apalah yang hendak dihitung kira segala
Apalah yang hendak dipertikai segala fakta
Bukankah itu telahpun kita persetujui bersama
Fikirkanlah dengan akal waras; bukan dengan kata gila
Kerana kita bukan datang dari bangsa yang mereng otaknya
Kita punya kekuatan, namun masalahnya cuma satu sahaja
Orang kita hilang kesatuan; orang kita mudah benar hilang punca
Itu saja masalah besarnya, yang lain masih mampu dibawa berbincang
Kita masih boleh berunding di atas meja bulat bersama

Apa lagi yang kurang dengan orang kita?
Orang kita ramai yang sudah kaya
Mulai menang pakai dari basikal tua;
bertukar kepada Mercedes bermata belalang bentuknya
Bukankah itu perubahan namanya?
Namun, orang kita harus kembali merenung ke luar jendela
Lihat diri sendiri dan fikirkanlah pula nasib anak bangsa kita
Usahlah terlalu pentingkan diri sehingga kerabat sendiri kebulur inginkan nasi
(Walaupun aku tahu kita tak pernah kepupusan makanan selama ini)
Bantulah orang kita hingga mereka bisa berdiri sendiri
Takkan luak harta dan rezeki kita andai kita turun membantu
kerana hikmah di sebalik bantu membantu itu besar maknanya; kita sahaja yang tak tahu
Itu urusan Tuhan; kita selesaikan sahaja urusan
... yang lain biar Tuhan tentukan segala kesudahan

Bersatulah kembali duhai bangsa merdeka!
Negaramu sudah terlepas dari diperah hasil buminya
Apa yang penting sekarang?
Duri! Ya, duri! Marilah bersama bersatu membuang duri
Mana yang tamak dan yang mudah berbangga diri
Wajar amatlah untuk diketepi diganti
khuatir ia merosak dan meracun akar dan umbi
Tolaklah sahaja ketepi dengan senang hati
kerana apa?
Kerana aku tahu,

"Patah tumbuh, hilang pasti kan berganti!"

Ya! Aku pegang kata-kata itu sejak dahulu lagi.
Ampuan Awang

Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang
** Kredit buat laman Kerajaan Negeri Sabah di atas lagu patriotik yang menarik!

2 comments :

hamzah ian said...

hoyeah...

Ampuan Awang said...

@hamzah ian,

err, terdiam pula aku ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top