ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sajak Kepada Kawan...


Burung dan sarangnya
(Oleh: Mohamad Farez Abdul Karim a.k.a Pa'eh)

Rindu burung kepada sarangnya
juga pada cicip anak-anaknya
menyahut erti kepulangan dan harapan
memeluk bahagia dan kedamaian

mana manusia tak inginkan permai?
kita sekarang sedang berpergian
kelak kembali ke asal kewujudan

6.50pm
21 syawal 1431h


Sajak Kepada Kawan...
(Balasan buat saudara Mohamad Farez Abdul Karim)

Apa kaubisa memikirkan, kawan?
mengapa burung perlu berterbang kesangkar?
sedangkan ia masih mampu singgah menumpang teduh
di mana-mana pokok atau dahan utuh
menjadi tempat sementara tenggekkannya?

Andai kaujawab kerana sangkar itu ibarat nyawanya
Daku bilang ya, benar itulah jawapannya
Kendati ia mungkin memikirkan jarak
namun perjuangannya untuk pulang
tetap kuat usahanya meredah angin yang menghalang

Kerana apa ia masih mahu kembali pulang, kawan?
Anak-anak yang mengekorinya sejak dinihari
sudah layak terbang berdikari sendiri
namun ia terkenangkan anak-anak baru
yang kedengaran cicipannya di lubuk hati
sang ibu burung; membuat ia berani
kembali kesangkar, membawa pulang rezeki buat anak
tanpa keluh-kesah ia berkidung lembut irama fitrahnya
akhirnya pulang membawa khabar gembira kesangkar impian

Apa kaubisa memikirkan, kawan?
seribu satu hikmah ditujukan buat kita
dari seekor burung; makhluk yang diciptakan Tuhan Yang Esa
faham si ibu burung kerana ia memikirkan anak di bawah tanggungannya
namun apa sudah jadi dengan kita sekarang, kawan?
Jauh benar di luar kotak fikiran
Insan berakal kadang punya tarikh luput waktu
anak dilahir tak disayang; anak dilahir, disepak juga dibuang!

Bisakah kaufikirkannya, kawan?

19:21pm
21 syawal 1431h

Berjawab puisi oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top