ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sajak Gema Genderang Di Medan Perang (Pekikan Semangat Para Syuhada)


Siapkan pelana di atas belakang kudaku
akan aku kenderakannya menuju ke lembah sana
sambil tanganku terus memalu genderang berirama perang
melangkah daku bersama kalian berjihad di hujung pedang
Sesalkan di mana wahai sahabatku sekalian
bukankah ini langkah orang berjuang?
Sesalkan di mana wahai sahabatku sekalian
bukankah jalan ini yang kita mahukan?

Mari, pacu kudamu tanpa mundur barang selangkah
Mari, kupacu kudaku berlangkah mendengus nafas keras
Mari, selagi Tuhan masih mahu memanjang hayat pada diri
Mari, bunyi genderang berima perang takkan putus-surut di medan darah
Mari, palulah sekuat hati; sekuat naluri batin yang kita sepakati selama ini

Oh, sahabat, siapkanlah segera pelanamu
kita berangkat sekarang kerana kita kesuntukan waktu
Tiada apa yang perlu kausesalkan wahai sahabat
hidup mati kita bukan di tangan mereka
Tiada apa yang perlu kaukhuatirkan wahai sahabat
Insya-Allah, semoga kita peliharakan Tuhan
dari saat mula melangkah pergi ke lembah berdarah
lalu bertempur tanpa gentar, apatah lagi mahu mengalah
Tiada apa yang perlu kausesalkan wahai sahabat
Janji Tuhan kita bawa bersama
sehinggalah kita gugur di atas tanah
membawa panji kalimah agung Tuhan
Biar lembah ini menjadi saksi kelak
Saksi bahawa kita menjunjung panji jihad
... pada jalan yang Haq!


Insan yang berpenakan nama: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top