ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun: Pertalian Lalat Dan Politik Berkaya-kaya [Kerabat Saudara Si Belzebuth!]



Adapun lalat di atas bernama Belzebuth (atau Belzebub, Beelzebuth)y ang terkenal dengan jolokan 'Lord Of The Flies' atau dalam bahasa Melayunya 'Tuan Sekalian Lalat' (Lucu benar pula bunyinya). Siapa sebenarnya Belzebuth? Dikatakan bahawa Belzubuth adalah putera syaitan yang meminati Chartreuse (sejenis minuman keras manis. ini sekadar kemungkinan, andai tak betul, abaikan saja kerana ini selingan selayang pandang semata-mata).

Ahh! Aku bukan nak bercerita tentang Belzebuth. Ubah kembali topik, mari kita berpantun; pantun sinis sindir-sindiran. Bacalah:

Lalat hinggap di atas meja,
Ditampar jatuh matilah ia;
Politik bukan untuk kaya,
Berniagalah andai mahukan harta!

>> Renung-renungkan tapi jangan terus termenung leka, nanti lain pula jadinya. Sekian. Wassalam [...]


Tangan yang cuba melakar pantun oleh: Ampuan Awang
** Tak termasuk si Lalat Syaitan (entah tiba-tiba aku berkenan dengan foto lalat yang aku lihat bak kutu penghisap darah? Pelik.)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top