ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun: Apabila Si Katik Gilakan Kuasa!



Ayam Katik ayam Serama,
Kecil besar dua kali lima;
Usahlah kita mabukkan kuasa,
Kuasa tiada membawa ke syurga.

-----------oOo-----------

>> Sampai ke mana agaknya kuasa yang kita pegang di dunia? Apakah ia bersifat mutlak tanpa pengakhirannya? Sejauhmana kita sedar akan kesudahan kuasa yang kita pegang; tanggungjawab yang kita genggam? Bilalah agaknya kita bertemu dengan kesedaran itu? Apakah kita hanya perlu menunggu seru tanpa cuba memperbetulkan niat kita kembali; kembali pangkal jalan? Aduh, aku bosan amat bila mendengar cerita orang yang gilakan kuasa; kuasa yang dijawat sementara. Besok, lusa atau tulat kita tak tahu di mana bakal duduknya kita. Samaada di atas atau di bawah; pada darjat rendah mahupun tinggi dalam kelompok kepala masyarakat. Pernahkah kita (aku) terfikir bahawa penilaian orang terhadap diri kita ini berbeza-beza. Baik atau jahat itulah soalan yang seringkali masuk ke corong telingaku yang kecil dan sempit ini. Sekali lagi aku katakan:

Aduh, nasib si katik sudah beradu,
Mengalahkan sekutunya si ayam serama;
Sedarlah kuasa itu bukan milik mutlakmu,
Itu pinjaman sementaramu di dunia.

Sedarlah, Katik. Nasibmu sama seperti Serama. Kebesaran yang ada padamu akan terlucut jua nanti. Insya Allah, Tuhan itu Maha Tahu; Dia lebih tahu berbanding kita yang menjadi penumpang sementara di dunia dan aku pasti bahawa kau lebih maklum dan arif tentang itu!

##AA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top