ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun: Kekar Sasa Tubuh Tiada Gunanya Andai Peribadi Bak Insan Yang Telah Pergi



Ohooo, si kekar tubuh, si sasa badan,
Kecilnya anak si pari-pari;
Oooo, kemana lari molek peribadi insan,
Zikr-Nya tak lekat di hati mati.

>> Adapun bunyi seolah pantun bebuah bacang ini datang selepas memberikan komentar di laman 'Satu Permulaan' milik saudara sekampung bini. Lalu aku hidangkan kembali ke sini dengan sedikit perubahan pada baitnya (tak banyak sebenarnya, lagipun ia tertuju buat diri sendiri; bukan kepada orang lain.). Diharapkan saudara pembaca tidak ada menaruh sebarang perasaan atau perasan dipersalahkan kerana ia bukan untuk kalian. Senyumlah (tolong jangan persendakan tubuh si kekar pada gambar di atas. aku perolehinya di sesawang maya; hasil ehsan Google sahaja)  ^_^

Insan yang menaip ini berpenakan nama: Ampuan Awang

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Pabila ia hebat ia ditunjuk-tunjuk...
Sewaktu ia sebaliknya ia turut ditunjuk-tunjuk...
Aduhai, kadang-kadang malu melihat...
Sesungguhnya perasaan hidung tinggi itu mengitari kehidupan setiap insan...

p/s: Fikir-fikir balik, aku pun tak terkecuali... Hmmm... :(

Ampuan Awang said...

@ibnu jamaluddin,

benar dan tepat sekali sahabatku. disebabkan itulah aku khabar awal2 agar pembaca sekalian usah terguris perasaan atau perasan dipersalahkan kerana apa yang aku tulis terlebih banyak mengguris diriku sendiri.

sekian, wassalam...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top