ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun: Apabila Peribadi Syaitan Terbongkar!



Lihat semalu tunduk melayu,
Durinya tetap tajam jua;
Rahsia disimpan orang tak tahu,
Akhirnya pekung terbuka jua.

Burung Tiong bingit berbunyi,
Burung Puyuh tiada bunyinya;
Apabila pecah rahsia nan sunyi,
Terbongkar akhirnya segala cerita.

Serindit berlegar di atas beranda,
Gagak hitam sibuk memerhati;
Apakah kerana dia berkuasa,
Kesalahan sengaja mereka lupai.

Bebal buaya takpernah kan lari,
Pintar kancil ada bodohnya;
Sepandai tupai melompat tinggi,
Ke tanah jua tempat jatuhnya.


Artikel Di Bawah Saling Berkait. Bacalah:

Sikap Bak Iblis
Terlepas Dar Menjadi Mangsa!
Tragedi Berdarah
Kes Lama Yang Berpaut Sama

P/S: Aku tiada ingin mencampuri urusan PDRM. Apa yang aku (rakyat Malaysia amnya) mahukan ketelusan dalam siasatan kes. Itu sahaja. Bukan apa, jangan pula kerana orang yang ditahan berprofil tinggi, payah benar hendak dijatuhkan hukuman. Salah tetap salah; dan keadilan wajar dituntut. Bagaimana sekiranya orang yang melakukan aktiviti jenayah ini datang dari orang biasa (dari kelas bawahan)? Aku sendiri bisa menyimpulkan keputusan hukuman, pasti tali gantung jadi jawapan. Namun, bagi orang yang berprofil tinggi? Kadang sekadar penjara sementara, selepas 10 tahun bebas jua. Adilkah? Mari adili secara telus; bukan tembus menembus!

2 comments :

al-lavendari said...

salam.

pergi ke kedai membeli ubat
sakit mata asyik bertempik
sepandai-pandai tupai melompat
tidak juga masuk olimpik.

Ampuan Awang said...

@al-lavendari,

salam kembali.

wah, dibalas pantun Isma Halil nampaknya. Hebat!! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top