ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Mengenang Akan Diri



Suatu masa,
suatu ketika,
setiap detik,
setiap saat,
sepasang mata sentiasa mengerdip
Terpaku merenung langit
Terkenangkan kenangan silam
Mengenang nasib diri
masih sengsara
masih belum terbela
mata melirik melihat yang lain berada di puncak
Sedang diri masih lagi begini
berkeadaan separuh telanjang
Bilakah masanya
Kejayaan mendampingi 'Diri'
Melekat pada diri yang lemah dan tiada berkeupayaan
Berjayakah diri menempuh segala rintangan mendatang
Ingatlah wahai diri
Perjalananmu masih jauh
Tempuhilah dengan redha
Yakinlah, kejayaan pasti mengiringimu
Bilakah masanya?

Ingatlah...
Suatu masa
suatu ketika
setiap detik
setiap saat
Segalanya datang dari yang Maha Esa
Terimalah qadhanya
Terimalah qadarnya
Insya Allah kejayaan pasti datang padamu
di dunia dan akhirat
Wallahu'alam...


Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top