ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Cermin Hakikat



Bermula daripada adat menjadi kebiasaan
Kesulitan menerima pendapat orang
Bersangka buruk adalah satu kemestian
Aib saudara sering kali ditelanjangi
Tiada kesedaran akan sesuatu perkara
Cermin bukan di tangan kita

Bermula daripada kata wujudnya dusta
Kesenangan menuding jari pada yang bukan hak
Bodekan menjadi mainan
Adu domba satu kesukaan
Sindiran menjadi persalinan
Tempelaknya tiada sempadan
Tiada kesedarannya pula akan sesuatu perkara
Cermin bukan di tangan kita

Bermula daripada mata turun ke hati
Penuhi hajat waima sampai tergadai diri
Nafsu disemai, amarah dibajai
Disingkir iman ditolak ke tepi
Batas aurat dilupakan
Hujah Rasul sekadar menjadi bahan bacaan
Hiburan pula jadi keutamaan
Al-Quran dijadikan hiasan
Dijeling apabila perlu,ditatap sekelip mata,dibaca jauh sekali

Ketentuan kematian itu benar,
azab kubur itu benar,
alam bakal fana itu benar,
kiamat itu benar,
titi sirat itu benar,
syurga neraka itu benar
Semuanya bakal lenyap
Semuanya sudah dinyatakan Tuhan Yang Maha Esa
Diragui jangan sekali
Kelak nanti merana diri

Perlukah diucapkan berkali-kali...!
Ditegur melenting; dimarah melatah.
Lupakah kau wahai empunya diri?
Janganlah engkau lupa sekali-kali akan sesuatu perkara
Cermin bukan di tangan kita.

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top