ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mutiara Kata Buya Hamka: Empat (4) Bahagian Hawa Badan



"Sekiranya ianya debu, ke langit tinggi menjulang; tetap debu juga. Tetapi, sekiranya ia mutiara, ke dalam lumpur tenggelam; dirinya tetap mutiara jua." (Saadi) Niza Ramli

Buya Hamka berkata:

Menurut teori lama, manusia itu dipengaruhi oleh mizaadj, iaitu hawa badannya. Hawa badan itu dibahagikan kepada empat (4) bahagian.

  • Sanguine

Suka bergaul, sentiasa jernih mukanya, percaya akan dirinya, bersih fikirannya, bertanggungjawab atas perbuatannya, cepat berfikir dan lekas mengambil kesimpulan. Kata mereka, hawa badannya terpengaruh oleh darahnya.

  • Choleric

Sikapnya kasar, cepat terpengaruh, kuat kemahuan, tidak lekas memberi maaf. Susah bergaul. Hawa badannya terpengaruh oleh hempedunya.

  • Phlegmatig

Tenang, dan kadang-kadang berat kepada malas. Tidak mudah terpengaruh, lalai dan tidak peduli. Hawa badannya terpengaruh oleh hingusnya.

  • Melancholic

Penyedih hati, suka menyisihkan diri, banyak was-was dan dukacita, tidak lekas percaya kepada orang, penakut dengan tidak bersebab. Hawa badannya terpengaruh oleh hempedu-hitam.

Kredit buat: Niza Ramli di atas kata-kata 'Debu dan Mutiara'. Menarik benar [...]

PS: Antara empat (4) di atas, posisi kita di mana? Jangan main rasa-rasa, jawablah dengan jujur. Sekian [...]

Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top