ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Luca Lucas Mohon Maaf? Jujurkah atau Sekadar Mahu Melepaskan Diri Dari Hukuman?



Eh, apakah aku sedang bermimpi? Apakah benar kenyataan di atas (Klik gambar untuk meluaskan pandangan anda)? Benarlah kata pepatah,

"Terlajak perahu dapat diundur; terlajak kata buruk padahnya."

Aku tak pernah kenal akan hamba Allah yang bernama Mohammad Saufee bin Sehat yang berpenakan nama Luca Lucas pada akaun facebooknya. Entah daripada mana datang ribut di alam maya bahawa dia (Luca Lucas) melajakkan jemarinya pada aksara dengan memberikan komentar berbaur hinaan terhadap negeri dan juga rakyat Sabah. Kadang aku berasa pelik apabila berhadapan dengan manusia sebegini. Apakah dia (Luca Lucas) kurang waras semasa menulis (mabuk) atau ada sesuatu yang mencengkam isi kepalanya? Dari mana asalmu sebenarnya (Luca Lucas)? Apakah ini perangai terbaik yang mampu kau tunjukkkan sebagai seorang penjawat awam di Malaysia? Aku kasihan denganmu. Naif sungguh aku rasakan.

Tak mengapalah, aku kurang berminat menaip panjang lebar berkenaan dengan isu yang kau timbulkan ini. Barangkali ini dugaan hidup yang perlu kau tempuh (hasil dari kesilapan tanganmu sendiri). Bertanggungjawablah lain kali. Semoga kau dipeliharakan Tuhan dan semoga kebencian yang sudah berada di hati rakyat Sabah dapat kau redakan dengan permohonan maaf yang kau utuskan (Jangan disebabkan SKMM memburu, kau sengaja mengutus permohonan maaf demi untuk melepaskan diri dari hukuman. Ini juga salah, Lucas!). Aku harap sangat agar kau dapat mengunakan akal yang diberikan Tuhan pada tempat yang sepatutnya. Hujah biarlah berfakta; luahlah mengikut tempat dengan nada yang paling lembut selembut-lembutnya.


Sekian, wassalam.

Aku anak Sabah: Ampuan Awang

2 comments :

sabahanselebriti said...

kenapa sekarang baru minta maaf?...mana tindakan pihak berkuasa?...kalau orang sendiri buat tidak tahulah..tapi namewee berabis diaorang gasak! silaka betul

Ampuan Awang said...

@sabahanselebriti,

sabar, bro. kan kita ini bangsa yang mudah diajak berunding. senyum dulu, bro ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top