ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Komentar Patriotik Anak Sabah: Ulasan Komentar Dari Grup 1Sabah Di Facebook



Ulasan dari status grup 1Sabah di laman sosial facebook, di mana aku berminat sekali memaparkan komentar seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya sebagai 'Laut Biru'. Apa yang menariknya? Mungkin hanya kerana balasan jawapan yang diberikan olehnya (ulasan patriotik, bukti kecintaannya terhadap negeri. tahniah!). Bacalah satu persatu keterangan beliau mengenai Sabah:

Komentar Laut Biru

  • Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
  • Warna biru zirkon, melambangkan keamanan dan ketenteraman.
  • Putih rmelambangkan kemurnian dan keadilan.
  • Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
  • Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
  • Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

LAMBANG (Jata) NEGERI SABAH
  • Dua tangan menjunjung bendera Negeri Sabah melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan.
  • Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
  • Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman.
  • Putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
  • Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
  • Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
  • Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

LAGU KEBANGSAAN NEGERI SABAH

Sabah Tanah Airku

Sabah Tanahair Ku
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua
Marilah Bangunlah Bersatu Semua
Marilah Bersama Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa
Sabah Negeri Merdeka

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Namun begitu, ulasan hamba Allah yang seorang inipun menarik untuk direnung-renungkan:

Komentar Illie Jaymon

Setelah diterajui oleh 14 KM (Ketua Menteri), SABAH tempat KEDUA paling ramai penduduk selepas Selangor iaitu 3,516,931, negeri KEDUA terbesar selepas Sarawak tetapi walaupun memiliki sumber semulajadi terbanyak namun masih menduduki tempat ke-2 'TERMISKIN' di Malaysia...inilah SABAH TANAH AIRKU

>> Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat kedua individu di atas. Patriotik sungguh. Kecintaan kalian terhadap negeri di bawah bayu ini membuat aku rasa terharu (komenter kedua itu ibarat bom jangka. pasti ada yang meletup kerananya).

Info ucap tahniah oleh: Ampuan Awang
** Kredit diberikan buat grup 1Sabah (Penubuhannya amat bermakna buat anak-anak di negeri ini)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top