ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Katakan TIDAK [Pada Korupsi!]



Katakan TIDAK pada mereka
Tentang penindasan
tentang kekerasan
Tentang penyalahgunaan
Tentang yang sewaktu dengannya

Katakan TIDAK pada sogokan
Katakan TIDAK pada rasuah
Kedua-duanya sama
perosak organisasi milik kita

Katakan TIDAK pada kesemuanya
yang bersalahan dengan budaya
pada tatasusila; pada lunas agama kita

Mari beredar semua
Najis ini makin membusuk
membuat hidung menyempit
Serombong berair
lelehan mukus keluar dari lubangnya
Membuat diri terasa geli
berdepan sesamanya
Walaupun kawan
ataupun lawan
Semuanya sama!

Katakan TIDAK!
Katakan TIDAK!
Aliran majoriti sudah jelek
dengan bida'ah buatan kamu
Katakan TIDAK
TIDAK dan TIDAK...
Perilaku songsang harus didedah
Duri dalam daging harus dibuang
Api dalam sekam harus dipadamkan
Setelah itu kita lihat
samaada boleh atau TIDAK
kamu semua berubah
Menjadi baik, sebaik-baiknya...

Oleh: Ampuan Awang
Ditulis pada  6 Ogos 2009
Tajuk asal: Katakan TIDAK (Tindasan Bernyawa)
** Aku anti-korupsi!!!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top