ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kalam Ilahi: Surah As-Syura [Ayat 45 - 51]


Maksudnya:

45. Dan Engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka Dalam keadaan tunduk membisu Dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya Dengan mengerling (kerana gerun takut). dan orang-orang Yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang Yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka Yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang Yang zalim itu berada Dalam azab seksa Yang kekal".
46. Dan tiadalah bagi mereka sebarang Penolong - Yang lain dari Allah - Yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya Yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).
47. Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari Yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan Yang kamu telah lakukan).
48. Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (Wahai Muhammad) sebagai Pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (Apa Yang diperintahkan kepadamu). dan (ingatlah) Sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa Yang mereka lakukan, maka (Mereka segera membantah serta melupakan rahmat Yang mereka telah menikmatinya, kerana) Sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
49. Bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya.
50. Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
51. Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia Bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali Dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau Dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya Dengan izin Allah akan apa Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana.

Telahan Quran di awal pagi oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top