ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Doa: Penyerahan Diri Kepada Tuhan Rabbul Jalil


Mari kita mulakan hari dengan melakukan penyerahan diri kepada Tuhan Rabbul Jalil melalui doa yang selalu kita baca hari-hari (tapi tak faham akan maksudnya, main baca sahaja tanpa mahu menyelidiki apa yang kita baca). Sila rujuk kembali dalam al-Quran usang (yang jarang kita buka) pada surah al-An'am (162 - 163), akan kita temui ayat di atas. Waima ayat ini sedikit berbeza dengan doa Iftitah yang selalu kita baca, namun halatujunya adalah sama. Penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Apakah kita seorang yang kerap berserah diri kepada Tuhan? Adakah kita melakukan penyerahan diri secara total tanpa memalingkan diri sedikitpun daripada jalan-Nya? Tepuk-tepuklah dada, tanya diri sendiri (pasti akan ada individu menggaru-garu kepala selepas membaca keterangan ini termasuklah tuan empunya entri. aduh!). Mungkin ramai yang mahu berserah kepada Allah, tapi ada segelintir yang secara tak sengaja dan tak sedar bahawa mereka sebenarnya menyerahkan diri kepada Syaitan laknatullah; itulah dia musuh Allah yang sebenar-benarnya!

Sekian. Wassalam

Info doa keterjumpaan oleh: Ampuan Awang

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Aku berserah pada Tuhan hidupku...

Qyu RenjyO said...

Allahu Akbar~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top