ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bush Bertari Pedang Di Tanah Arab Suatu Ketika Dahulu...



Hendak kukata apa padamu, Bush?
Tenggelam timbul nafas kuhembus
Kaugenggam apa pada tanganmu itu, Bush?
Pedang kaupegang ke mana hendak kauhunus?
Ngilu, nyeri kulit dan segenap uratku, Bush
Senyum tawamu masih kurasakan kaurakus
Entah mengapa aku kurang berminat denganmu, Bush
Mungkin kerana dirimulah nafasku asyik mendengus!

>> Kelihatan pada gambar: Bush sedang bertari pedang (walaupun dia sekadar meletakkan pada bahunya sendiri). Nampak manis senyumannya. Namun, dalam hatinya pasti penuh dengan agenda. Dan agenda itu takkan terhenti biarpun dia tidak lagi berada di Rumah Putih, rumah lamanya itu; pencen dalam jawatan tapi tidak kepada perjuangan (menegakkan benangnya yang basah). Perangaimu memang tak berubah dari dulu, Bush.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top