ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Boikot (Dasar Aparteid Mencengkam Hak Peribumi)



Mereka berperang atas nama pejuang
kononnya mempertahankan tanah yang bukan hak
dan langsung tiada kena mengena dengan mereka sedikitpun

Mereka sudah lama berselindung di sebalik tabir kebenaran
Mereka datang merampas tanah, lalu menyingkirkan hak tuan tanah
dan akhirnya menginjak-injak kepala rakyat yang majoriti itu

Lihat, berapa besar tanah yang telah mereka rampas?
Lihat, berapa luas tanah yang telah mereka duduki?
Betapa hairannya diri apabila kuasa majoriti telah turun ke tangga minoriti

Kasihan benar, anak-anak yang lahir membesar dengan perit maung kehidupan
Arang hitam diconteng pada wajah ibarat sahaya sambil tangan anak-anak itu erat menggenggam batu;
namun batu yang mereka baling dibalas dengan peluru berpandu, adilkah itu tanyaku?

Ke mana pergi hak peribumi?
Hak bersuara hilang di atas bumi sendiri
Akhirnya aku menggaru kepala tanpa aku sedari
Betapa aku khuatir perkara ini terjadi di atas bumiku sendiri!

Pasti Nelson Mandela mengiyakan kebenaran akan hal ini;
dan aku pasti dia akan berkata begini:

"Hak kami sebagai peribumi disisihkan ketepi, mereka merampas segalanya dengan senang hati.
Jangan sekali-kali membuka ruang bagi mereka datang memasuki dari segenap arah penjuru bumi.
Andai ruang itu terbuka luas, bumi kalian pasti kekurangan inci, dari inci ke inci;
segala hasil bumi diperas dan akhirnya kalian akan terus diperbudakkan,
dan cubalah kalian bayangkan bagaimana kehidupan anak-anak bangsa kemudian nanti!"

Aku pro Palestin: Ampuan Awang

2 comments :

Anak Bumi said...

bagus awang!

Ampuan Awang said...

tak bagus sebenarnya pun sebab aku tak mampu nak tolong lebih2... hanya doa dan tulisan bengong inilah yang aku mampu buat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top