ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apakah Kausedar [Malam dan Siang menyindir dan memakimu?]



Melihat akan samar bayang-bayang
yang berbalam dibalik sinar cahaya bulan
engkau kulihat semakin ligat berjalan tanpa segan
tanpa kausedar bahawa malam yang hitam itu menyindirmu
tanpa kausedar bahawa siang sedang mencaci dirimu yang dungu

Imaginasimu tampak gah kulihat bak malaikat
namun realitinya kautiada apa-apa untuk dibangga
apatah lagi untuk diangkat atau dipandang mulia
lalu kunoktah dan muntahkan kembali lahar dendam
yang kaulempar padaku dahulu - nyahpergi kaudari sini!

Oh, mana mungkin bisa kaukutip hari kelmarin
untuk kauulang tayang semula sorotan dramamu
apa yang telah kaubuat ternyata telah membunuh dirimu
sementara malam kaulupakan; siang juga begitu
malam hadir bertandang menyindirmu;
siang hadir memaki kerana dosa kedua tanganmu!

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top