ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Anti Virus: Kaspersky v9.0.52 Symbian OS 9.4 berjaya menepis panggilan dan SMS 'Anonymous' yang menganggu hidup anda!


Aku terpanggil (padahal sengaja memanggil diri) untuk memberikan sedikit ulasan perihal anti virus peranti mudah alih Nokia versi v9. 1-2-3-4. Sepanjang hari ini, aku asyik memikirkan soal Nokia, tentang fungsi dan ciri-ciri berguna yang ada padanya. Bukan sekadar gaya semata-mata kerana aku tak kepingin langsung mendengar orang mengata aku dari belakang,

"Ceh, henpon sajalah yang mahal tapi langsung tak reti nak guna. Macam kera dapat bungalah jua spesisnya."

Makanya aku dengan selamba dan berani-berani ayam, cuba dan belajar sendiri bagaimana caranya untuk aku gunakan kelebihan yang ada pada Nokia, tanpa perlu mencari kedai yang kadang aku rasakan tak betul sangat cara mereka berniaga, kelentong sahaja yang lebih dengan ulasan mereka yang hanya mahu mengerat leher pemilik henpon yang butafon (buta telefon). Aku tahu bukan semua kedai sifatnya begitu, tapi faham-faham sajalah,

"Kerana setitik nila, usahkan sebelanga; sekolah susu bisa rosak kerananya!"

Mari kita intai sedikit kelebihan yang ada pada anti virus 'Kaspersky' versi peranti mudah alih (Ingat, ini bukan perisian komputer!).

Info ringkas 'Kaspersky' dalam bahasa asing yang aku sendiri tak faham sangat akan maksudnya ^_^



Author: Kaspersky Lab
Year: 2010
Language: English, Spanish
Platform: (Symbian OS v9.1-2-3-4)
Description:

Kaspersky Mobile Security 9.0 is designed to ensure complex protection of mobile devices. The product provides the following functionality to the user:
  • File system scan for viruses or other malicious programs by user's demand or according to the schedule
  • On-access anti-virus file scan
  • Opportunity to quarantine infected objects and disinfect some of them
  • Anti-virus databases update by user's demand or according to the schedule via GPRS, Wi-Fi, EDGE or ActiveSync (for Windows Mobile version)
  • Blocking unsolicited SMS messages and calls
  • Opportunity to block the user data in case the device is lost or stolen
  • Opportunity to delete user data in case the device is lost or stolen
  • Device protection against network attacks via TCP/IP
  • Opportunity to create a folder for saving files in the encrypted form (except for smartphones running Symbian OS 9.4)
  • Opportunity to identify the phone location remotely (if the device is equipped with a GPS receiver)
  • Opportunity to block outgoing calls and messages to the specified numbers
  • Opportunity to send Anti-Theft commands to manage other devices with Kaspersky Mobile Security 9.0 installed
  • Opportunity to temporary hide/restore personal information

The product has a user-friendly and intuitive interface.
The product can be installed to the main memory of the only.

Product components:

Kaspersky Mobile Security 9.0 comprises the following components:
  • Anti-Virus
  • Anti-Spam
  • Anti-Theft
  • Firewall
  • Encryption
  • Parental Control
  • Privacy Protection

Inilah dia layar skrin hadapan Nokia C6-00 milik sementara aku di dunia. Dengan themes yang serupa dengan sarang lebah (malangnya ia berwarna hitam), aku rasa ia berjaya menyerlahkan penampilan walaupun sebenarnya ia langsung tak penting (tapi sebenarnya ramai yang meminatinya di luar sana). Eh, terlajak cerita. Cuba kalian lihat pada foto di atas, perhatikan huruf besar 'K', itulah dia Kaspersky (dengan nada gembira aku suarakan walaupun gemanya sekadar mampu melewati halkum).

Hilangkan rasa khuatir dan takut kalian kerana Kaspersky versi ini memiliki ciri-ciri keselamatan yang boleh tahan ampuhnya (Insya Allah. Tapi ingat, aku tak jamin keberkesanannya).


Tiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya


Tiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya


UsahTiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya

Err, bab inilah yang aku tunggu-tunggu sangat. Mengapa? Kerana apa? Mudah jawapannya, cuba lihat White List dan Black List, dah faham dengan maksud aku? Kedua-dua fungsi tersebut akan bertindak menapis sebarang panggilan dan SMS (sekirannya panggilan atau SMS tiada dalam senarai kontak kalian). Insya Allah, masalah akan selesai selagi kalian masih setia menggunakan henpon atau perisian ini tanpa perlu rasa ragu-ragu akan fungsi keselamatannya. Ternyata ia baik buat mereka yang seringkali diganggu dek manusia yang pendek akalnya, yang kita tak kenal asal usulnya, yang mana mungkin seorang pencinta gila yang kadang menggunakan kata-kata kesat dan menjolok telinga kalian sehingga membuatkan kalian berasa geli, mahu muntah atau sebagainya. Err, ia cukup berkesan bagi menangani perbuatan khianat (terutama bagi kes ugut etc). Sebab? Kena cuba pakai dahululah, baru tahu kelebihan dan kekurangannya.


Tiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya


Tiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya.


Tiada ulasan: Perhatikan sahaja foto di atas dan kalian akan faham maksudnya.

>> Cukuplah sampai di sini dahulu. Lain kali, insya Allah, aku akan sambung kembali cerita bab peranti mudah alih Nokia C6-00 kepunyaanku (Nampak seolah mempromosi bebarang Nokia lah pula.). Sekian. Kata-kata iklan dari aku buat sahabat2 di luar sana:

"Hindarilah kata-kata nista dari nombor yang anda tidak kenali langsung siapa pemiliknya dengan Kaspersky. Kaspersky, pilihan terbaik buat peranti mudah alih anda!"

Wassalam ;)

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top