ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

'Main Kutu' melanggar undang-undang negara? Heboh satu Malaya dibuatnya selepas sepasang suami isteri (klik sini) dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menggunakan syarikat milik mereka bagi penganjuran pelaburan wang kutu. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa aktiviti ini dilarang sama sekali penganjurannya. Sila lihat kembali Akta 28 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 menyatakan sejelas-jelas berkenaan dengan hal ini:

Seksyen 10. Tanggungan jenayah.

(1) Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah syarikat, maka tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat yang berkaitan dengan pengurusan syarikat itu dalam Persekutuan atau yang berupa sebagai bertugas dalam mana-mana jawatan itu dan juga syarikat itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuannya atau dengan tidak dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah berusaha sebagaimana yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu memandang kepada jenis tugas-tugasnya dan kepada segala hal keadaan lain.

(2) Bagi maksud seksyen ini "syarikat" termasuklah-

(i) sesuatu pertubuhan perbadanan;

(ii) sesuatu firma atau persatuan orang perseorangan yang lain;

(iii) seseorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan.

(3) Jika ejen atau penjawat seseorang (iaitu orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai "prinsipal") melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), maka prinsipal itu, hendaklah, walaupun dia tidak tahu apa-apa pun mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan dia boleh dihukum bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan-

(a) bahawa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebagaimana yang diadukan itu tidak termasuk dalam bidang pekerjaan ejen atau penjawat itu; dan

(b) bahawa prinsipal tidak dengan apa-apa cara atau kemudiannya mengesahkan perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan itu.

(4) Jika ejen atau penjawat prinsipal melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), maka ejen atau penjawat itu adalah juga melakukan kesalahan itu.

(5) Peruntukan seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Isu 'Main Kutu' bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Ia sudah menjadi budaya orang kita yang mengganggap bahawa 'Main Kutu' adalah satu skim yang selamat (selagi tidak ada di antara mereka berselingkuh dalam pusingan 'Kutu' itu). Berapakah nilai terbesar yang dibolehkan dalam 'Main Kutu'? Semua itu bergantung kepada individu dan grup yang menganjurkannya. Samaada besar atau kecil nilainya, akta yang termaktub dalam undang-undang jelas melarang rakyat agar tidak bermain 'Kutu'. Pernah kedengaran dahulu di suatu tempat di Malaysia yang menganjurkan 'Main Kutu' dengan nilai yang terbesar iaitu RM15,000! Cuba kita bayangkan sekiranya penganjuran tersebut datang daripada 30 pengusaha restoran (contoh sahaja), sila jumlahkan keseluruhan nilai wang 'Kutu' yang mereka bakal terima mengikut giliran masing-masing? Dapatkan kalkulator anda dan kiralah dengan segera bagi mengetahui jumlahnya. Pasti anda akan terus tertarik dan tercari-cari ibu atau si bapa 'Kutu' di mana-mana.


>> Sila rujuk laman Ustaz Zaharuddin yang membicarakan tentang hal ini (klik sini)


Sekian, wassalam (Tak sempat untuk aku mengulas panjang, cukuplah setakat ini sahaja).


Info 'KUTU' untuk makluman oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top