ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Zikrullah Dipersendakan Dek Gadis Bertudung



Astaghfirullah, anak siapakah ini? Mengapa zikir yang menyebut nama Allah kalian persendakan? Apakah diri sudah bersedia menerima bala daripada Penguasa Semesta? Aduh, nak jadi popular sekelip mata sajakah? Apakah itu yang kalian inginkan? Lebih menyakitkan kepala, kalian bertudung (ke trend semata-mata). Kasihan. Semoga kalian kembali ke pangkal jalan [...]

1. HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah.


2. PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran Islam sama ada melalui lisan atau perbuatan

· Memperkecilkan tuntutan agama

· Bangga apabila melanggar larangan Allah

· Menghina orang yang bertakwa

· Menjunjung perbuatan maksiat

· Tidak bersolat

· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai

· Tidak membayar zakat yang difardhukan


3. GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Musyrikin

- Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid

· Munafik

- Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman

· Murtad

- Orang yang keluar daripada Islam

· A'shi

- Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya


4. AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA

· akidah seseorang terhadap Allah akan rosak

· segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia

· akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat

· dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain


5. CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

· taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh

· meninggalkan segala larangan Allah

· sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka

· berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama


6. AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA

· umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun

· agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

· kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa

· wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam

---------------------------oOo---------------------------

PS: Di mana harus aku letak kedudukan mereka? Apakah status agama mereka sebenarnya?

6 comments :

cemomoi said...

ni mesti bebudak kelantan kot, dorang buat zikir dalam bentuk dikir barat... takde keja buat keja, nak buat pon tengok-tengok la sikit mana yang bule mana yang tak bule...

Ampuan Awang said...

aku khuatir benar dengan pegangan aqidah mereka sekarang...

@xiM said...

astaghfirullahalazim..

aYaz said...

ya karim,ade gak manusia yg camtu..melampau btul...

Ampuan Awang said...

@ayaz,

memang ada, video inilah yang menjadi bukti.

yamani musyaraf said...

lgipun ptut kita brdoa supaya Allah beri ptunjuk yg kepada mereka...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top