ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Usah Bimbang Bayar Zakat Guna SMS


Kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang semakin meluas digunakan oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara tidak perlu diragui oleh umat Islam.

Malah, bagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.

"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.

"Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat," katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.

Zakat fitrah di Melaka naik sebanyak 20 sen iaitu daripada RM6.30 kepada RM6.50 dan jumlah kenaikan yang sama di Sabah daripada RM6.60 kepada RM6.80.

- KOSMO!

** Dalam tanganku sekarang ada tujuh (7) buku resit pembayaran zakat. Insya Allah, semoga lancar pekerjaan tanpa ada sebarang masalah.

2 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

wajib bayar tu !!!

marilah mari mari berzakat tunaikan kewajipan kite semua^^

Ampuan Awang said...

@lolly,

err, bayar dengan akulah nanti ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top