ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Status Yang Membersih Mata...

HEBOH juga nusantara kita. Peristiwa pembanci yang menjalankan tugas rasmi. Namun masyarakat kita tutup pintu. Alasannya, masyarakat kita tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Salah siapa? Ini akibatnya kerana terlalu mementingkan pendidikan satu-satu bangsa. Pegawai-pegawai swasta dan kerajaan juga ramai tidak boleh bertutur bahasa Malaysia. Apa dah jadi dengan generasi kita... [Jaya Ramba Wulan]

Meletakkan diri adalah amat sukar kerana terpaksa memilih laluan perjuangan berlainan. Apakah kita akan memilih cita-cita yang telah ditetapkan? Atau kerjaya yang tidak disangkakan? Atau kerjaya secara paksaan? Memilih perjuangan yang satu lagi? Begitu juga kehidupan yang lain... [Jaya Ramba Wulan]

Merdeka dari kemiskinan? belum! Merdeka dari pertikaian atas nama agama? belum! Merdeka dari para koriptor? belum! Hmm, merdeka itu apa? Merdeka itu BELUM!!! [Ahmad Kekal Hamdani]

Hakikat puasa dan rahsia kekuatannya ialah dengan cara melemahkan keinginan yang diajar serta dilatih oleh syaitan yang membuka pintu keinginan ke arah pelbagai kejahatan. Muhasabahlah diri kita setiap hari. Setiap hati hendaklah sentiasa menaruh rasa bimbang dan takut di sebalik harapan yang tinggi kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah atau sebaliknya. [Hasyuda Abadi]

Orang yang paling beruntung ialah yang mampu meraih keuntungan dari kerugian dan bencana yang menimp dirinya, bukan yang merasa meraih untung apalagi dengan cara merugikan dan mencelakakan orang lain yang jadi pesaing atau pecundangnya... [Abdul Hadi WM]

219/2010: "Pada 2009, peratusan staf akademik dengan PhD di semua universiti awam ialah 35.9 peratus atau 8,608 daripada 23,977 orang yang memegang pelbagai jawatan iaitu profesor, profesor madya, pensyarah kanan dan pensyarah." (Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera ...dan Sains Sosial, UM dlm. Berita Harian, 16 Ogos 2010) [Arif Atan]

Perjuangan yang haq yang tidak bersistem, akan ditewaskan oleh perjuangan yang bathil yang bersistem. Oleh itu wahai pejuang kebenaran, letakkanlah orang berdasarkan bakat dan kepakaran agar terbangun sistem dalam perjuangan ini. [Mat Taiko]

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, LINDUNGILAH KAMI SEPANJANG HARI INI DARI PENYAKIT YANG BERAT SEPANJANG HARI INI DAN HARI-HARI BERIKUTNYA SEPERTI PENYAKIT ANGIN AHMAR, PENYAKIT BUAH PINGGANG, PENYAKIT BARAH OTAK DAN LAIN-LAIN PENYAKIT YANG TIDAK KAMI SEBUTKAN DI SINI, LINDUNGILAH KAMI YA ALLAH....AMIN. [Osman Dol]

Seorang sahabat telah berkata: "Perihal Facebook.... Cuba bayangkan nyawa kita direntap ketika kita sedang sibuk menaip sesuatu yang tidak elok. Apalah nasib kita selepas itu?" [Mohd Ashrafi Harumin]

** Status facebook hebat yang aku temui hari ini...

2 comments :

ashrafi said...

hmm.. statusku ada juga....

Ampuan Awang said...

... tulisan hebat musti disimpan ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top