ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Soalan Yang Membuat Kita Terpana Dan Tergeleng Menggeleng

(Adapun soalan yang dikemukakan di bawah ini diambil tanpa mengubah satupun dari sumber berkenaan dan hanya pertanyaan tambahan yang aku ingin ajukan bagi menambah sedikit apa yang terbuku dalam kepalaku yang tak pandai ini. Sekian, harap maklum.)


Arahan: Jawab semua soalan di bawah

(a) Nyatakan tafsiran yang dibuat oleh sejarawan tentang perjuangan tokoh-tokoh pejuang tempatan yang telah menentang penjajahan British.

i- Sejarawan Barat
ii- Sejarawan Tempatan

(b) Namakan dua tokoh pejuang tanah air yang menentang penjajahan British di negara kita?

(c) Mengapakah berlakunya perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dan sejarawan tempatan?

(d) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh para sejarawan untuk memastikan tafsiran sejarah yang dibuat adalah betul dan tepat?

- Selamat menjawab -

*****xXx*****

Soalan tambahan:

1. Wajarkah sejarah sekadar di ambil dan dipetik dari mana-mana laman sesawang yang belum dapat dipastikan kesahihan cerita dan tidak diiktiraf faktanya? (kerana aku pernah dicop sebagai pencuri artikel; waima artikel itu pernah dikeluarkan atas nama kami dua sahabat.)

2. Arkib Negara memainkan peranan penting dalam isu sejarah. Apakah benar data berkenaan sejarah tiada berlanggar dan bersalahan dengan fakta sebenar secara keseluruhannya? (sekadar pertanyaan sahaja)

3. Soalan terakhir: Arwah Tok Janggut merupakan salah seorang dari pejuang Melayu ulung. Apa yang menimbulkan kepuashatian kita, mengapa gelaran 'TRAITOR' dilabel pada foto Arwah di sebuah muzium luar negara? Siapakah sebenarnya 'PENGKHIANAT'?


** Artikel ini datang dari sumber: Sejarah2U (semoga pemiliknya meneruskan usaha murni dalam menyampai fakta di laman maya)

Tangan yang menulis dan cuba menyampai isi: Ampuan Awang

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Sejarah kita kebanggaan kita...
Bagi penjajah mereka menafikan kebanggaan kita...
Dan bagaimana jika kita menafikan kebanggan mereka pula? Bukankah begitu?

Ampuan Awang said...

sobat,

kebanggaan mereka dinafikan? kita tidak pernah menolak kebanggaan terhadap mereka, malah kita kerap menerima dengan rela hati. inilah bukti kelembutan peribudi orang kita yang seringkali menjadi bahan buli-bulian; lalu diperbudakkan. aduh, sakit kepalaku

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top