ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Silaturrahmi Melalui Pantun: Raikan Cinta Nabi Junjungan [Aku Bersama Sobat]

Ampuan Awang:

Raikan cinta kepada Nabi junjungan,
Sabda Baginda jadi pedoman;
Selagi teguh pendirian kepada jalan,
Insya Allah sampai jua kepada Tuhan.

Abu Syauqiy:

Hujan deras di perbukitan
melimpah air masuk ke sungai;
cintakan Rasul kena buktikan
Sunnah mulia jangan diabai

Ampuan Awang:
Di langit punya selebar sungai,
Menunggu masa turun ke bumi;
Cintakan Nabi mencapai damai
Sunnah mulia takkan dilupai

Abu Syauqiy:
tepi sungai sarang penyamun
gundah petani hendak meneroka;
tapi kini ramai yang majnun
sunnah diabai, jahiliyah dipuja

Ampuan Awang:

Puja diri seorang penyamun,
Pasti pada harta dunia;
Benar kini ramai yang majnun
Ajaklah kembali kepada Yang Esa

Abu Syauqiy:

harta dunia punca telagah
bila tak ingat mati tak bawa;
jalan kembali terasa susah
bila tekad tak sekuat waja**

Ampuan Awang:

Telagah harta itu biasa,
Ibarat rempah ratus dunia;
Apabila diri tenggelam punca
Hidup menjadi kelam segala

Abu Syauqiy:

putri ledang naik tahta
disamput suka ibu suri;
tapi jangan kerana harta
bersalut benci saudara lari

Ampuan Awang:

Putri gunung Ledang namanya,
Makmur gelarnya di nusantara;
Sengketa manusia tiada akhirnya
Dari awal hidup sampai matinya

Ampuan Awang:

Jahil jahiliah berkubur sudah,
Datang pelita juga cahaya;
Hilanglah resah jiwa gundah
Mawaddah diterap baginda kita

Abu Syauqiy:

pelita datang di puncak Sangir
gantikan gelap kepada terang;
alhaq datang batil tersingkir
Pastikan alhaq jadi pemenang

___________________

** Inilah pertembungan pantun
antara aku dan saudaraku Hamim Thohari
dari Indonesia. Aku hadirkan ia kembali
ke laman ini buat ingatan diri sendiri.
24 Februari 2010

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top