ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Rasa Wajib: Ujar Kata Buya Hamka

(Aku bukanlah seorang yang bijak pandai. Sengaja aku paparkan apa yang saja yang pernah aku dengar, aku baca dan seterusnya aku khabarkan buat mata-mata yang mahu membaca isinya. Namun setiap isi yang disampaikan haruslah dirujuk kembali kepada mereka yang arif lagi bijaksana ilmunya. Mengapa? Kerana aku bukanlah bijak pandai orangnya)

Adapun dalam bab Penambah Kuat Peribadi (terbit dari kata-kata Hamka) nombor tiga (3) menyatakan:

3. Rasa Wajib

Apakah yang dikatakan wajib dan apakah ertinya yang sebenarnya? Kewajipan sejati iaitu sesuatu yang diperintahkan oleh hati sendiri, bukan yang diperintahkan oleh orang lain. Telanjangi batin kita daripada pengaruh yang lain dan selubung yang lain, jemur dia di hadapan cahaya Tuhan, langsungkan hubungan dengan Dia. Batin yang demikian, kerana sudah dibasuh dan langsung mendapat cahaya tentu akan hidup. Dia akan dapat menentukan mana buruk dan mana baik. Mana yang mesti diperbuat dan mana yang tak mesti dikerjakan. Mendustai batin adalah dusta yang paling besar. Memikul kewajipan yang bukan kewajipan sendiri, adalah menipu diri sendiri, menghabiskan usia sendiri dan menjatuhkan peribadi. 24 jam sehari semalam kita diberi modal untuk melakukan kewajipan, dan alangkah banyaknya modal itu! Padahal kadang-kadang tiap-tiap pekerjaan besar dapat dimulai dan diciptakan dalam masa beberapa minit sahaja.

(Apakah pekerjaan yang besar itu? Solat, itulah jawapannya bagi aku. Aku, kau, kita semua solatkah? Kadang penuh kadang kurang salah satu daripada lima. Aduh, merangkak lagi rupanya)

Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Penuh makna...

Ampuan Awang said...

ya, memang memaknakan tapi tak mampu lagi nak disebatikan dalam kehidupan seharian

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top