ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pesara ditipu syarikat gores dan menang rugi RM30,000!

KUALA TERENGGANU: Kerana terlalu ghairah untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa peti sejuk melalui peraduan gores dan menang, seorang pesara kerugian lebih RM30,000, selepas diperdaya dua lelaki yang melarikan barang kemas ketika mangsa mengisi borang peraduan di rumahnya di Kampung Hiliran Masjid, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, mangsa didatangi dua lelaki berusia 20-an.

Beliau berkata, suspek kemudian memberitahu mangsa dan isterinya, mereka memenangi satu peti sejuk dan perlu mengisi satu borang serta perlu menyertakan nombor siri barangan kemas untuk menebus hadiah.

“Kerana terlalu teruja untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah itu, mangsa tidak berfikir panjang lalu terus ke dalam rumah mengambil seutas rantai emas, tali gelang dan dua utas gelang ,” katanya.

Berita Harian: 31 Ogos 2010
---------------------oOo---------------------

PS: Para pengguna sekalian diharap berhati-hati dengan tiga (3) nama syarikat ini: AOWA, ECOHOOD, SK CLASSIC. Mereka menawarkan barangan percuma (AOWA sebagai contoh) kononnya tapi sebenarnya... Jangan mudah terpedaya sengan umpan para promoternya. Untuk makluman, syarikat AOWA kini melabuhkan sayap perniagaan mereka di Pasar Raya GMART, Keningau. Hati-hati orang Keningau! Sekian [...]

Info anti penipuan oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top