ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pertemuan Palestin-Israel di Washington 2 September [Kononnya]



AS, kumpulan negara Kuartet jangka selesai tempoh setahun

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, berkata pemimpin Israel dan Palestin akan menyambung rundingan damai secara langsung di Washington pada 2 September depan, dengan matlamat untuk mencapai persetujuan dalam tempoh setahun.

Rundingan itu dihentikan sejak Disember 2008 lalu berikutan serangan udara besar-besaran Israel terhadap Gaza.

“Saya sudah menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas hadir pada satu perjumpaan di Washington DC pada 2 September depan bagi melancarkan semula rundingan secara langsung,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Matlamatnya ialah “untuk menyelesaikan semua isu terakhir yang kami percaya dapat dicapai dalam tempoh setahun,” katanya, merujuk kepada beberapa isu seperti kawasan sempadan negara Palestin pada masa depan, status pelarian Palestin, serta nasib Baitulmaqdis.

Hillary berkata Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Raja Abdullah II dari Jordan akan menyertai rundingan damai Asia Barat itu.

“Presiden Barack Obama menjemput Presiden Mubarak dari Mesir dan Raja Abdullah dari Jordan untuk menyertainya kerana peranan mereka yang penting dalam usaha ini,” kata Hillary.
“Peranan serta komitmen mereka kepada usaha damai ini adalah penting bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Katanya, Obama akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Netanyahu, Abbas, Mubarak dan Raja Abdullah pada 1 September, diikuti dengan makan malam dengan kelima-lima mereka.

Hillary berkata beliau juga menjemput Netanyahu dan Abbas untuk mengadakan pertemuan tiga pihak pada hari berikutnya di Jabatan Negara.

Di NEW YORK, Kuartet diplomatik Asia Barat yakin rundingan itu akan mencapai persetujuan bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dalam tempoh setahun.

Dalam satu kenyataan, Kuartet berkenaan yang terdiri daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Russia, berkata anggotanya menyokong kuat rundingan secara langsung di antara pihak terbabit, “yang boleh selesai dalam masa setahun”.

Negara anggota Kuartet itu juga menyeru Israel dan Palestin supaya “bertenang dan elak daripada mengambil tindakan provokatif yang boleh membangkitkan kemarahan”.

Wakil Kuartet, katanya, bercadang menemui rakan mereka dalam Liga Arab pada September depan di New York bagi mengkaji semula perkembangan itu, kata kenyataan berkenaan. – AFP




------------------------------------oOo------------------------------------


P/S: Entah benar entah tidak. Aku hilang kepercayaan dengan watak pertama dan ketiga yang ada pada gambar awal sekali.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top