ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pelempar Botol Arak Dan Penyimbah Cat Itu Orang Kita Jua! [Aduh!]

RASAH 27 Ogos - Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Juvenil Seremban di sini, hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan khianat dengan melemparkan botol minuman keras dan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian pada Isnin lalu.

Dua tertuduh berusia 16 tahun manakala seorang lagi berusia 17 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret M. Mageshwary.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga remaja itu didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membaling botol arak di surau Taman Pulai Impian, Lorong 3 Taman Pulai Impian di sini antara pukul 3 hingga 4 pagi, 23 Ogos lalu.

Dua remaja berusia 16 tahun itu juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat di surau tersebut pada masa dan tarikh yang sama.

Remaja berusia 17 tahun itu didakwa bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan membaling botol dan menyimbah cat, semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Kesalahan bersubahat pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 427 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

Mageshwary membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan akhlak ketiga-tiga remaja terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah manakala semua tertuduh diwakili oleh peguam bela, Lee Koong Fei.

Akhbar sebelum ini melaporkan empat remaja ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan keluarga mereka bertindak memohon maaf kepada masyarakat Islam di taman berkenaan, semalam.

Sementara itu, seorang lagi remaja yang ditahan kerana dipercayai turut terlibat dengan kes itu dibebaskan dengan jaminan polis.

-----------------------------oOo-----------------------------

PS: Anak siapakah yang bertindak melempar  botol minuman keras dan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian? Dari wajah yang berselindung di sebalik baju2 lokap itu nampak seperti Melayu [?] juga. Inilah racun dan api dalam sekam sebenarnya. Merekalah punca perpecahan di antara kaum di negara kita. Aduh, anak bangsa; kalian perosak negara merdeka!
 Arkib Utusan: 28.08.2010

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Bila anak bangsa cuba mencalitkan lumpur pada bangsa sendiri, siapa yang hendak diharapkan lagi?
Aduhai anak bangsaku...

Ampuan Awang said...

sebenarnya mereka bukanlah dari bangsa kita. tapi kita patut ambil kira beberapa perkara yang seringkali menjadi penyebab keriuh-rendahan suasana dalam negara. aku menyatakan 3 budak itu mungkin orang kita (Melayu, cina, india dll) kerana duduknya kita di tempat yang sama di atas bumi ini. semoga anak bangsa kita tiada meniru perbuatan 3 budak cerah di atas!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top