ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Orang Mabuk Di Kedai Mamak!


Allah SWT berfirman. “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Kejadian di atas (foto) adalah salah satu dari beberapa siri pertemuanku dengan sang pencinta khamar (arak). Apa yang menariknya? Tiada apapun yang menarik sebenarnya tapi ia ternyata menggelikan hati apabila bertemu dengan hamba Allah yang terhuyung-hayang di atas jalan, lalu menyusah orang lain. Inilah keburukan yang bakal kita peroleh sekiranya kita bertindak memilih khamar (arak) sebagai minuman harian.

Apa agaknya aib yang hamba Allah ini tunjukkan di khalayak umum? Sudahlah mabuk, dia siap marah dan tak mahu berganjak langsung pun dari kedai Mamak yang nak menutup kedai. Memang muka tak malu (manalah ada lagi rasa malu kalau dah mabuk). Dengan bangganya dia menayang dirin yang memakai seluar panjang yang londehannya membawa ke batas penamat auratnya. Serasa aku dia dah lama duduk di situ dan Mamak India tak berani kerana payah benar nak menyahkan orang mabuk; mereka bukan sedarpun masa itu.

Aku kurang berminat menjadi hero tapi...

Aku yang tiba-tiba berlalu di sana berhenti tepat di hadapan kedai. Pelik juga sikap mamat yang tak endahkan langsung pelawaan tuan kedai yang mengajaknya keluar dengan baik. Dari jauh aku mengisyaratkan melalui bahasa mulut, aku kata, "Panggil polis, keluarlah dia tu..." tapi kurang diamati dek pemilik kedai waima ia mengganguk kekonon faham.

Aku naik panas. Aku datang masuk ke dalam kedai sambil merenung tajam ke arah belakang tengkorak kepalanya. Entah macam mana seolah dia perasan ada seseorang di belakangnya, dia berdiri dan memandangku dengan muka skemanya. Tanpa berkelip, aku terus menyalurkan tenaga negatif agar ia masuk terus ke dalam otaknya. Dan dia terduduk sebentar, lalu mengambil beg dan keluar dari kedai tersebut. Mamak India dengan segera menarik pintu besi mereka dan membiarkan sahaja sang pencinta khamar (arak) mengetuk pintu dari arah luar (mungkin dia terasa dirinya diperdaya, padan muka!).

Apa pula tindakannya selepas itu? Aduh, hampir saja aku hentak kepalanya dengan kerusi mamak India tu tapi... sabar. Khuatir nanti dia mati, kena hukum gantunglah pula aku. Kali kedua dia menyedari aku berada di belakang, akhirnya dia berhenti dan terus duduk di kaki lima jalan. Aku pula bagaimana? Err, aku berlalu pergi dari situ dan meneruskan perjalananku mengambil orang rumah yang tersayang.


Yang Bosan,

Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top