ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Namewee Patriotik? [Oleh: Sdr Mazidul Akmal Sidik]

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kata, siasat Wee Meng Chee atau Namewee. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pun mengeluarkan saranan sama.

Di blognya, dia secara jelas mengaku menghamburkan perkataan lucah dalam klip video dihasilkan sebelum ini kononnya untuk merealisasikan maksud sebenar pandangannya.

"I have used obscene language blatantly as a form of communication in some of my videos but that does not mean I am not educated nor that I have committed a serious crime. Vulgarity content was chosen only with the objective of bringing forward my point of view (and the view of many people) with more impact"

Barangkali bagi Namewee, laksana dan ungkapkan apa sahaja biarpun bercanggah dengan tatacara dan amalan masyarakat timur asalkan objektifnya tercapai.

Pada masa sama Namewee juga mencabar Ketua Puteri UMNO Malaysia berdebat secara terbuka berhubung isu perkauman.

Entahlah, pengalaman sewaktu saya menemubual Namewee secara live sebelum ini menunjukkan dia tidak fasih berbahasa Malaysia justeru memohon saya menemubualnya menggunakan bahasa Inggeris. Malangnya, bahasa Inggerisnya juga tidak sehebat tulisan di dalam blog anak kelahiran Muar, Johor itu.

Saya lihat dia juga gabrah sebelum sesi interbiu bermula.

"Awak rakyat Malaysia, tak boleh berbahasa kebangsaan?," soalannya saya kepadanya.

Hairan, di dalam blognya dia mendakwa patriotik.

---------------------oOo---------------------

Sila luah dan lemparkan pendapat kalian di laman sdr Mazidul Akmal Sidik. Klik di sini

PS: Hendak disiasat apa lagi? Bukti dah jelas, ramai yang dah asyik berulang-tonton video di Youtube. Apakah itu tidak cukup untuk menjadi bahan bukti? Namewee patriotik? Alahai, sewenangnya dia melacurkan patriotik itu mengikut fahaman akalnya yang sempit! Meluahlah dengan cara sopan dan beradab. Bukankah kita ini manusia; bukannya kita lahir dari spesis Haiwan bin Binatang! [Ceh, patriotik konon. Bahasa Melayu pun terkebil-kebil, ternganga-nganga mulut nak jawab!]

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top