eh notebook?

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mutiara Kata Buya Hamka: Tentang Keinginan [Berkait Peribadi Kepengarangan]

Buya Hamka berkata:

Keinginan itu ada dua (2) macam. Keinginan yang langsung dan yang tidak langsung.

Untuk menjelaskannya, saya ambil misal atas kaum pengarang.

Ketika mulai mengarang suatu buku, sudah ada satu cita-cita yang akan jadi isinya. Ketika membaca, orang akan dapat mempelajari kelak, apakah cita-cita kita itu. Peribadi pengarang yang bertanggungjawab, berusaha sangat agar buku itu ada harganya dan ada isinya, dari segi pengetahuan dan peradaban. Itulah harga yang pertama. Dan harga yang pertama itu tidak tentu berapa banyaknya sebab dia berjasa. Dan jasa itu tidak ada harganya! Kerana tidak dihargai!.

Sesudah itu dengan sendirinya timbullah keinginan kedua, yang tidak langsung, iaitu jika buah tangannya bagus, "Berisi". Dan cukupkah isi itu dipuji-puji sahaja? Adakah pujian itu mengenyangkan perut? Sebab itu maka jika bertambah tinggi budi masyarakat, bertambah pula tingginya nilai penghargaan. Bangsa Eropah yang telah jauh lebih maju itu kerana halus perasaannya, jika dia memberi wang kepada pengarang, diberikannya nama yang amat halus, honorarium, penghormatan. Dalam kata honorarium itu tidak ada terkandung makna wang, harta mas atau intan.

Dengan hasil usaha yang tidak langsung itu si pengarang pun insaf, bahawa pekerjaannya dihargai dan dihormati oleh masyarakat bangsanya. Dengan sendirinya diapun bergiatlah menciptakan yang lebih sempurna, dan tidak mahu berhenti di tengah jalan!

---------------------------------------oOo---------------------------------------

PS: Uniknya cara penyampaian Buya Hamka dalam memperjelas sesuatu yang berkait dengan aktiviti kepengarangan, seolah ia berkait dengan dirinya sendiri kerana beliau juga merupakan salah seorang pengarang yang hebat di nusantara! Apakah motif Buya Hamka memperjelas akan hal ini? Apa yang terlintas dalam kepalaku cuma satu (1), untuk menimbulkan kefahaman buat mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti kepengarangan agar kembali kepada perjuangan asal. Menulis untuk kemaslahatan agama, bangsa dan juga negara. Namun, ini bukanlah bermaksud kita mengetepikan wang sebagai imbuhan kerana sebenarnya menulis juga adalah suatu bentuk pekerjaan yang mulia. Dalam bahasa mudahnya, kita lihat kembali kata-kata beliau:

"... dengan sendirinya timbullah keinginan kedua, yang tidak langsung, iaitu jika buah tangannya bagus, "Berisi". Dan cukupkah isi itu dipuji-puji sahaja? Adakah pujian itu mengenyangkan perut?"

Puji-pujian biasanya akan menjadi santapan mana-mana individu yang dihargai akan jasa yang pernah diperbuatnya. Ya, benar, sememangnya dia layak untuk menerima pujian atas jasa yang pernah disumbangkan. Akan tetapi, berbaloikah dia mendapat pujian semata-mata? Apakah pujian itu mampu mengenyangkan perut? Tidak. Kita perlukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan, kita perlukan makan untuk memberikan kekuatan zahir dan kita juga perlukan santapan batin dengan menyebut nama Tuhan Rabbul Jalil setiap kali kita selesai solat. Dari itu makanya setiap jasa yang dihargai itu perlu disertai dengan hasil kerana mengenang akan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka (pengarang).

Apa yang penting adalah niat, kerana segala amal itu bermula daripada niat. Menulis (mengarang) kerana siapa? Andai niatnya kepada Allah, Alhamdulillah; andai niatnya kerana berhajat dengan limpahan harta dunia yang sifatnya sementara, wajarlah dia berusaha memuhasabah diri sendiri agar bisa kembali pada jalan-Nya; kerana Allah tiadakan redha atas niat yang melencong itu. Apakah aku ini menulis kerana berkehendakkan nama? Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah tidak melarikan niatku untuk terus menabur bakti dalam bidang penulisan waima ilmu yang aku miliki ini sedikit yang amat berbanding kalian yang berada di luar sana yang punya sijil-sijil, diploma dan ijazah dalam genggaman. Amin Ya Rabbal Alamin [...]


Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top