ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mutiara Kata Buya Hamka: Tentang Kemaafan Buat Musuh Kita

Buya Hamka berkata:

Mari naikkan setingkat lagi.

Sudahkah kita berani memberi maaf musuh kita? Sudahkah kita berani menghapuskan dari hati kita perasaan dendam, kerana kesalahan teman kepada diri kita?

"Membalas baik dengan jahat adalah perangai yang serendah-rendahnya."

Membalas jahat dengan jahat, bukanlah perikemanusiaan.

Membalas baik dengan baik adalah hal yang biasa.

Tetapi membalas yang jahat dengan yang baik adalah cita-cita kemanusiaan yang setinggi-tingginya. Kita harus sanggup hidup memberi cita-cita itu tumbuh."

Memang sakit rasanya jiwa kita sendiri tatkala membalas kejahatan dengan kebaikan. Dalam batin kita amat hebat perjuangan nafsu jahat dengan budi yang mulia. Nafsu membayangkan penderitaan kita kerana kesalahannya, kerugian kita kerana aniayanya.

Kais bin 'Ashim, seorang pujangga Arab berkata:

"Cubalah buhulkan kembali tali yang telah putus. Cubalah beri orang yang tidak sudi memberimu. Cubalah memberi maaf orang yang menganiaya kamu."

Di sana baru engkau rasai apa ertinya kemanusiaan!

----------------------------oOo----------------------------

P/s: Duhai sahabatku senusantara, kita saling bersaudara. Ikatan ukhuwah kita bisa terjalin mesra kerana leluhur kita dahulu tiada jauh jarak pertaliannya. Marilah kita leraikan kekusutan. Mari kita saling bermaaf-maafan; kukuhkan kembali perpaduan. Atas nama Islam, silaturahmi takkan terputus di tengah jalan [...]

Oleh: Ampuan Awang
Bingkisan dari sebuah daerah di Bumi Bawah Bayu

5 comments :

cemomoi said...

sedangkan lidah lagi tergigit.. bukankah saudara sepatutnya akan sentiasa terasa sakit jika peha kiri dicubit, maka kenapa mesti paha kanan dan kiri saling berlainan arah?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada kalanya aku tersentuh juga... susah nak balas baik bila kena dajal ngan orng

yuza said...

salam Ukhuwah...

pumpkinhunnydouu said...

hanya dia saja yang mengetahui mengapa dia begitu membenci ..

pumpkinhunnydouu said...

hanya dia saja yang mengetahui mengapa dia membenci ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top