ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mutiara Kata Buya Hamka: Tentang Sejarah Nenek Moyang Kita

Buya Hamka berkata:

Setiap membaca sejarah nenek moyang ia akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi jiwa kita, apalagi bila dibaca rasa cinta. Kian dibaca kian terbayanglah masa-masa yang lampau dan masa yang lampau meninggalkan kesan yang dalam untuk menghadapi zaman kini dan masa depan.

Dalam sejarah kita melihat betapa nenek moyang kita, menanamkan dasar-dasar bagi berdirinya pusaka suci yang telah menjadi tradisi.

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan merasai bahawa kita turut hidup bersama mereka. Sebab rasa hati suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat kita.

Kadang-kadang kita terjumpa dongeng-dongeng yang sepintas lalu terasa hanya khayalan belaka, ceritera yang bukan-bukan. Tetapi apabila kita tukikkan pandangan dan kita renungkan lebih mendalam kelihatalah bahawa dongeng khayalan itu mengandungi kebenaran. Di balik yang tersurat nampak yang 'Tersirat'. Ternyata orang-orang tua itu mengandungi falsafah.

///A.A

#sekian sama-sama kasih

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top