ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mesej Di Malam 31. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 2009



Bulan ini bulan kemerdekaan (Aku bangga kerana negara kita sudah merdeka; walaupun minda warganya belum lagi). Di sini aku ulang kembali mesej dari seorang sahabat sebaik saja acara sambutan merdeka tamat di seluruh negara. Ikutilah isi mesej di bawah:


"Merdeka! Merdeka!
Benarkah laungan ini merdeka?
Atau cuma kedengaran seperti merdeka?
Atau mungkin laungan ini menderhaka...
Golongn bawahan...
Kerana pelaungnya lantang suara Tapi lemah juangnya,
berdiri di sudut kenangan
ingin mencapai sudut impian...
Mimpi menembus konkrit kelemahan..."


** Aku balas dengan:

"Merdeka!
Hanyutlah ke laut.
Merdeka!
Terapunglah ke udara.
Merdeka!
Pulanglah kembali ke bumi.
Tanah ini milik kamu.
Kau patut ada rasa malu
jika terus berkelakuan begitu.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Jangan menjerit saja.
Jangan sekadar menaikkan bendera pada kereta segala.
Merdeka!
Bukan sekadar angan-angan yang perlu kau jeritkan ikut suka!"


** Dia balas kembali:

Ha.Ha.Ha.Merdeka!!!
Kuat lagi merdeka!!!
Yang lumpuh.
Yang terbujur kesenjaan
malah reput ditelan zaman.
Hampir-hampir saja bangkit dari kubur.
Yang merdeka aku tanya.
Kalau masih keris ku pandai terbang.Urat leher bangsa ku dulu ditebasnya.
Sia-sia perjuanganku.
Sayang cakrawala akal sempit
diracun hawa nafsu.


** Terus saja aku katakan begini:

"Merdeka!
Bukan Marah Mereka...
Kenangan keris terbang sudah berlalu.
Usah diulang tayang.
Jangan bangga menjadi gampang
Hanya disebabkan yang terbang itu cuma barang!"


** Akhirnya bahasanya terhenti setakat itu tapi aku terus juga membalas mesejnya walaupun dia sudah tidak berbahasa lagi. Aku katakan:

"Merdeka!
Kita sudah bebas.
Tapi minda belum lagi.

Merdeka!
Penjajahan dan pendudukan sudah tiada.
Tapi ada lagi yang masih dijajah dan diduduki.

Merdeka!
Masyarakat kita berbilang bangsa
Tapi sepakat itu belum tahu.
Ada lagi lompang dan berlubang.

Merdeka!
52 tahun ini terlalu banyak perubahan.
Rumah kecil menjadi besar
Orang miskin ada yang sudah kaya
Kereta mewah sebagai bukti.
Bumiputera sudah keluar dari kepompongnya.
Pemilik tanah penuh kocek dengan wang
hasil jualan keluasan, kelebaran tanah pusaka miliknya.
Dipajak gadaikan
Tanah bertukar tuan.
Tuan tanah jadi gelandangan.

Merdeka!
Harta mana yang takkan habis?
Sedang bukit yang tinggi boleh runtuh menjadi wang.

Merdeka!
Apa kau laungkan sebenarnya?
Penilaianmu tentangnya jauh menyimpang.
Merdekamu hanya kuat di padang sahaja.
Detik 12 tengah malam ditunggu-tunggu.
Setelah selesai...
Ada yang kembali merdeka di meja judi.
Ada yang kembali merdeka dengan meminum todi.
Ada yang kembali merdeka di rumah tumpangan.

Inikah Merdeka?
52 tahun Merdeka,
hakikatnya apa?
Apa yang MER... Apa yang DEKA?"

Artikel Berkait:


** Adapun aku ulang kembali ke sini bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara kita yang tercinta. Negara sudah merdeka. Ya, aku tahu negara kita merdeka, tapi kita bagaimana? Minda kita masih dijajah? Benarkah? Fikir-fikirkanlah duhai saudara-saudaraku sekalian.

Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang

2 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Merdeka pada nama, tapi pada lahiriah dan rohaniah?

Ampuan Awang said...

... sari sanalah kita tahu bahawa ada kelompangan yang besar namun tiada kita pedulikan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top