ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Lailatul Qadar: Malam Istimewa Bagi Umat Islam



2010/08/31

DARIPADA Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (Hadis riwayat al-Bukhari).

Malam lailatul qadar adalah satu malam paling istimewa yang ditunggu-tunggu semua umat Islam, satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah SWT.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam kesepuluh akhir bulan Ramadan iaitu dengan mengerjakan sembahyang tarawih, membaca al-Quran serta berzikir kerana Allah SWT akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam itu.
Lailatul qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan daripada-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah saja mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat daripada kalangan hamba-Nya yang dikehendakinya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berita Harian: 2010/08/31

-------------------oOo-------------------

PS: Jom mengaji ;]

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top