ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kisah Sempadan Mesir Menuju Ke Lapang Gaza



Awal pagi ini aku menemukan sebuah rangkap pantun yang seakan sesuai dan ia berkait dengan gambar di atas:

Buah macang setangkai lebat,
Lebat bunga gugur putiknya;
Sahaya laksana ikan belat,
Habis gugur dengan sisiknya.

Maksudnya:- Keadaan berasak-asak dalam satu kecemasan kerana terkepung oleh musuh.


*** Palestin dikepung dalam negara mereka sendiri [?]. Mereka juga terkepung dek puak mereka sendiri dan kerap bercakaran sesama sendiri [?]. Saudara seagama pergi ke mana pula? Saudara seagama pula saling curiga mencurigai, masing-masing berfikir atas logik fikiran sendiri, sehinggakan ada yang sanggup menutup jalan masuk bantuan perubatan ke Gaza. Mesir aku rasakan tiada pernah berubah langsung, peribadi pemimpin mereka bersifat bak keturunan dan ia diwarisi bak saka peliharaan. Mengapa begitu? Cuba kalian periksa kembali sejarah 'Hassan Al-Banna', lihat betapa sengaranya seorang pejuang yang akhirnya mati akibat dari muncung senjata pemerintah ketika itu (Ingat, aku bukan menghukum mereka. Aku mahu sekalian kita tahu bagaimana perasaan sekiranya kita dikhianati sahabat sesuku kita sendiri. Itu saja.).

Posting Berkait:

Bait Akhir Sang Imam Syahid


Tangan yang cuba menyampai isi: Ampuan Awang
** Hasil tangan Pak Bendib (kartunis) cukup bermakna buat tatapan mata kita. Tahniah Pak!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top