ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Tentang Lukisan Indah; Dan Lukisan Tanpa Nilai Keindahan



Berkias Rumi :
"Sang pelukis menghasilkan dua jenis lukisan -- lukisan yang indah dan lukisan tanpa nilai keindahan." [Masnawi, B2:2537].


Aku suka benar mengaitkan kias di atas dengan pantun ini:

Tetak upih merencung upih,
Anak cina memasang lukah;
Saya laksana kain putih,
Sebarang warna boleh belaka.

Maksudnya:- Seorang anak kecil itu hatinya suci, dia bisa menerima segala bentuk ajaran bagi membentuk aqidah dan pendidikan yang lainnya; dan perubahan itu dipertanggungjawabkan pada pundak ibu bapa di dunia dan akhirat. Mengapa pula begitu? Kerana:-

"Anak itu suatu amanah yang dipertaruhkan Allah di sisi kedua ibu bapanya." kata Imam Ghazali


Teks terjemahan asal Rumi oleh: Pak Darma [Darma Mohammad]
Tangan yang cuba menyampai isi oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top