ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kata-Kata Menikam Dari Dato' Onn


KATA-KATA MENIKAM DARI DATO' ONN

"Masa depan orang-orang Melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang Melayu kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera"

"Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu"

"Bercakap tentang kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal di tangan kita adalah perkara yang berat dan susah."

"Jika tidak dicekalkan hati dan kita tidak ubah pemandangan, orang Melayu akan kecewa besar."

"Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."

"Berbagai-bagai bahaya ada keluar dari hutan dari gunung dan sekarang tumbuh didalam bumi, Tumbuh dari bumi itu ialah cendawan yang beracun, tumbuh di merata-rata negeri Melayu men-jalankan hasutan dengan menggunakan nama agama, dengan menggunakan iman dan kepercayaan Melayu yang beragama Islam itu."

"Alangkah malangnya, ada beberapa orang Melayu yang kononnya segan kepada orang asing tetapi tidak segan kepada bangsanya sendiri."

"Rakyat jelata Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah mengangkat dan meletakkan balik Raja-raja itu ke atas takhta kerajaan baginda-baginda itu dengan jasa yang tidak menumpahkan darah walau setitik pun."

"Sungguhpun ada diantara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf dan kedudukan kita, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua, iaitu kita hendak meninggikan dan memilihara maruah serta kesopanan bangsa kita."

-----------------------oOo-----------------------

Rujukan: melalui sesawang internet

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top