ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kalam Basah; Pena Berdarah!



Kalam basah
dari pena berdarah
cuba mencoret isi yang bungkam
pada teras kata yang sering mendap
yang kerap kalah pada cogankata mereka

Kalam basah
datang dari pena berdarah
cuba menukil isi dalam angan yang musnah
pada kertas putih suci kekata sering diluah
nukil buat bangsa; yang angannya tiada terkalah

Kalam basah
Kini pena terus membasah
kadang kertas tak pernah kan sudah
habis dijamah rakus dek mereka yang kerap menabur fitnah
lumpur dipalit; lempias kata sumpah dikota bak janji tak pernah kan mungkir

Oh, batin luhur diri nan kabur
Lebih subur tembok ego dalam jasad
sukar diruntuh benteng; sudahnya kita hilang diri
tiada ketemu jalan ---
apa yang disulam pada seni bangsa
hanya tinggal nama
dan layunya sama
bak daun gugur
ke muka bumi!

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top