ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hukumnya 2 x 5, Benarkah?

Merokok hukumnya haram. Bagaimana pula dengan penjualnya? Bagaimana pula dengan pemberi subsidi kepada para petani yang mengusahakannya? Hukum haram ini meliputi segala yang berkait dengannya. Meminum arak hukumnya haram. Ini jelas termaktub di dalam al-Quran:-

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Baginda Nabi S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud:-

"Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.”

(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Orang yang merokok pasti akan kata 'TIDAK' atas keharaman rokok kerana mereka perokok; sementara yang ak merokok akan berkata 'YA' atas keharamannya kerana mereka bukan seorang perokok. Aku ingin kembali kepada 10 orang yang dikutuk Allah dalam bab haramnya arak di mana hukum haram itu meliputi segalanya. Aku ingin bertanya, berdosakah seorang pekedai runcit menjual rokok yang statusnya adalah 'HARAM'? Andai jawapannya 'YA' apakah sebab musababnya? Andai jawapannya 'TIDAK' apa pula hujahnya?

Aku sekadar bertanya. Harap-harap ada yang sudi menjawabnya sebab aku ini bukan bidangku pun... ^_'

1 comments :

NuR 'aQiLaH said...

x suke laki rokok !!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top