
* Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
* Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
* Melegakan sakit hernia (burut).
* Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
* Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
* Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
* Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
* Meringankan bahagian pelvis.
* Memberi dorongan supaya mudah tidur.
* Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud.
* Pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
* Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
* Mengurangkan kegemukan.
* Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.
* Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
* Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.










1 comments:
kesedaran
Post a Comment